BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 8, 2010

HMT 321-10 SEMANTIK BAHASA MALAYSIA

1. BIDANG SEMANTIK
·       KAJIAN TENTANG ASPEK MAKNA BAHASA TANPA MERUJUK KEPADA SITUASI/KONTEKS
·       FOKUS KEPADA MAKNA LINGUISTIK YANG DIDASARKAN KEPADA MAKNA HAKIKI SESUATU MORFEM , KATA ATAU GABUNGAN MORFEM , BUKANNYA MAKNA PENUTUR YANG DIDASARKAN KEPADA UNSUR BUKAN-LINGUISTIK
·       OBJEK KAJIAN: UNGKAPAN BAHASA YANG TERDIRI DARIPADA MORFEM, KATA , AYAT

2. SIFAT DAN  JENIS-JENIS  MAKNA 
MAKNA LINGUISTIK
·       MAKNA DENOTASI
(MAKNA HARAFIAH, TERSURAT, EKSPLISIT)
·       MAKNA KONOTASI
(BAHASA FIGURATIF)

3.  PENDEKATAN UNTUK MENGHURAIKAN MAKNA   LEKSIKAL
·       TEORI RUJUKAN
·       TEORI IMEJ MENTAL
·       TEORI KOMPONEN MAKNA (FITUR SEMANTIK)

4.ASPEK-ASPEK SEMANTIK DI PERINGKAT           LEKSIKAL/KATA
·       ANALISIS MAKNA PERKATAAN BERDASARKAN FITUR SEMANTIK
·       MEDAN MAKNA
·       PERKAITAN MAKNA ANTARA KATA
(ANTONIMI, SINONIMI, HIPONIMI, POLISEMI, HOMONIMI, MERONIMI, KOLOKASI )
·       PERUBAHAN MAKNA LEKSIKAL
( TABU, EUFEMISME, DISFEMISME )


5. ASPEK – ASPEK SEMANTIK DI PERINGKAT AYAT
·       PERKAITAN MAKNA ANTARA AYAT-SYARAT KEBENARAN
(PARAFRASA, PERCANGGAHAN, PENAKBIRAN, PRAANDAIAN, ANOMALI, KETAKSAAN & KEKABURAN
·        PEMAKNAAN AYAT
(PRINSIP KOMPOSISI, KATA KERJA & SITUASI, ARGUMEN & PERANAN SEMANTIK DLL)
               
TIGA TAHAP MAKNA DALAM KOMUNIKASI BERBAHASA:
1.   MAKNA UNGKAPAN
2.   MAKNA UJARAN
3.   MAKNA KOMUNIKATIF

MAKNA UNGKAPAN
Makna linguistik bagi sesuatu ungkapan tanpa konteks

Makna Ujaran
Makna sesuatu ungkapan dalam konteks ujaran CoU
        Makna Komunikatif
Makna sesuatu ujaran sebagai lakuan komunikatif dalam latar sosial tertentu
4.   Semantik menfokus kepada:
        Makna entiti bahasa tanpa terikat kepada konteks
                                                          Kata leksikal
                                                Frasa
                                                Kata nahuan           ungkapan
                                                Ayat

                                               
                                                                  
                                                                  MAKNA UNGKAPAN             


5.   MAKNA UNGKAPAN  boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
a.   Makna deskriptif ( ada rujukan dan kebenaran)
·       Kata leksikal
·       Kata bukan-leksikal
·       Morfem nahuan
b.   Makna sosial ( identiti penutur tersemat pada leksikal yang digunakan tertakluk kepada norma dan ikatan sosial masyarakat penutur)- dalam makna leksikal ada unsur sosial yang jelas
·       Pemilihan kata ganti dan bentuk panggilan
·       Kata sapaan

c.    Makna ekspresif ( mempamerkan emosi penutur)
Dalam makna leksikal ada unsur emosi yang jelas
o  Kata seru
o  Kata –kata harapan
o  Kata makian

  

PUNCA MATA ROSAK

Golongan perokok empat kali ganda berisiko alami masalah penglihatan

Pernahkah  anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.
Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.
Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.

Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.

Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.
Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.

“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.

“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.

“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.

Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.

Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.

AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.

Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.

“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.

Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.

“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.

FAKTA: Tahap-tahap AMD


  AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.


  AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.
iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.


  AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.

Faktor risiko yang tidak boleh dikawal

  Genetik 

  Umur

Faktor boleh dikawal

  Merokok 

  Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD

  Hipertensi atau tekanan darah tinggi

  Obesiti dan tidak bersenam

  Pendedahan pada cahaya matahari

Rawatan


  Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.


  Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.


  Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.

Semantik stkip

Check out this SlideShare Presentation:

Semantik Topik 7

Check out this SlideShare Presentation:

Jom belajar makna

Antonim
Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:
§  lelaki - perempuan
§  bersih - kotor
§  muda - tua.
§  pandai - bodoh
Antonimi Antonimi ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna. Ada 3 jenis antonimi yang wujud:
i) Antonimi Taksiran (Redible Antonimy) Antonimi Taksiran merujuk kepada pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah, tua/muda, gemuk/kurus, kaya/miskin, baik/jahat yang boleh ditaksirkan dan boleh digunakan di dalam soalan-soalan seperti berapa besar atau berapa kecil sesuatu atau berapa sejuk atau panas sesuatu itu.
ii) Antonimi Penggenap Antonimi penggenap merujuk kepada pasangan kata seperti lelaki/perempuan; mati / hidup, kalah/menang, kahwin/bujang di mana kegunaan sesuatu kata itu bermakna ketidakwujudan makna kata yang lain. Jadi hidup maknanya tidak mati; perempuan maknanya bukan lelaki dsbnya.
iii) Antonimi Sebalikkan Ini merujuk kepada perhubungan di antara dua kata berlawanan yang menunjukkan unsur sebalikkan di mana semestinya ada dua orang atau dua hala yang terlibat. Contohnya: jual/beli, tarik/tolak, ajar/belajar, beri/terima. Jadi, kalau ada yang menjual, mesti ada yang membeli; kalau ada pengajar, mesti ada yang belajar.

Related Posts with Thumbnails