BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 1, 2009

Hidup ini ibarat suatu games yang kita sendiri tak tahu adakah kita menang dalam pertaruhan atau sebaliknya,namun sokongan dan usaha serta keimanan membuat kita kuat dan melangkah dengan penuh keyakinan dalam pertaruhan hidup ini.Adakalanya kita menang dan tawa gembira namun adakalanya tangisan menemani malam gelap kita,namun itulah hakikat hidup yang harus kita terima.terdapat beberapa tips untuk hidup gembira.

  • jangan ada benci dalam dirimu.jangan menyimpan perasan benci sama ada terhadap rakan,keluarga,bos, mahupun guru@pensyarah.benci ibarat api dalam sekam yang akan membina tembok kebencian dalam diri kamu terhadap org lain.
  • jangan bimbang.kebimbangan yang melaupau dan tak bersebab akan membuat jiwamu resah dan serba tak keruan dan tak tenteram.
  • hidup secara sederhana.hidup yang sederhana akan membuat kamu mampu menerima segalanya dengan rela hati sama ada tentang penampilan,sikap,kewangan,kesempurnaan dan sebagainya kerana tak ada manusia yang sempurna sepenuhnya dalam dunia ini yang penting kamu miliki hati yang suci,ikhlas dan tenang.syukurlah dengan apa yang kamu miliki hari ini.
  • banyak memberi dari menerima.kepuasan org yang memberi lebih bermakna daripada org yang menerima.
  • sentiasa senyum.org yang sentiasa senyum bererti mempunyai jiwa yang damai,niat yang baik dan jujur.
  • punya teman rapat,serta rapat dengan keluarga.dapat berkongsi masalah dan cerita dengan kawan@ahli keluarga,mampu meringankan beban perasaan serta masalah.

Related Posts with Thumbnails