BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009





sahabat merupakan seseorang yang sangat penting dalam hidup kita.Kita tidak dapat hidup seorang diri.Oleh itu,kita perlukan orang lain disisi kita seperti seorang sahabat.Sahabat yang baik sentiasa menolong kita,memahami kita,sentiasa disisi kita ketika kita mempunyai masalah dan perlukannya.Adakalanya,kita lebih suka berkongsi masalah dengan sahabat kita.Namun berhati-hatilah memilih sahabat yang baik,tak semua orang boleh dipercayai.Adakalanya kita punya sahabat yang baik tetapi tidak memahami diri kita kerana kita punya hati dan perasaan yang berbeza,malah sikap dan keinginan yang jauh berbeza. Oleh itu,kita harus hormati apa yang sahabat kita minati,ingini,lakukan.Tak semestinya apa yang kita buat itu betul,apa yang dia buat itu salah,ingatlah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.Kita haruslah bertolak ansur antara satu sama lain dan bukannya pentingkan diri sendiri.Walaupun sahabat kita tak fahami diri kita,tak menghormati diri kita tapi jangan kita mengikut jejaknya kerana kita sudah jelas tentang kesilapannya,berusaha memaafkannya dan balaslah ia dengan kebaikkan dan berdoalah agar suatu hari nanti dia akan sedar akan kejujuran dan keikhlasan kita dalam persahabatan.Sekiranya sahabat kita itu seorang yang tidak memahami dan sentiasa menyindir dan memburuk-burukkan kita..biarkanlah,yang penting kita tak sepertinya layanlah dia seperti seorang sahabat agar dia sedar kita menyayanginya walaupun kita tahu betapa peritnya menelan apa yang dia berikan@lakukan terhadap kita.Saya punyai banyak pengalaman tentang persahabatan,namun perjalanan yang masih panjang menyebabkan saya redha dengan apa yang saya terima.Saya pernah dikhianati sahabat,disindir,tidak dihormati.Namun saya sedar tak seharusnya saya mengikut@membalas apa yang mereka lakukan kerana tiada faedahnya saya berbuat begitu dan ia akan menambah luka dihati saya saja.Oleh itu,saya belajar untuk memaafkan dan belajar untuk bersabar sekalipun terasa kesakitan yang teramat sangat di lubuk hati.Jauh disudut hati rasa terkilan dan kecewa namun saya pendamkan dan terus bersabar.Namun saya bersyukur tak semua kawan saya begitu,malah lebih banyak yang baik.Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan sahabat seperti mereka.Saya tak merasa keseorangan dalam hidup kerana mereka sentiasa disisi saya ketika susah dan senang.
Perjalan hidup ini menyedarkan aku bertapa kerdilnya diriku di muka bumi ini..melangkah batas-batas usia yang semakin mengijak naik..namun terasa pilu di hati mengenagkan perjalanan hidup ini tak seindah mimpi semalam..alangkah berat kaki melangkah namun terpaksa ku gagahi jua demi insan-insan yang ku sayangi..entah mengapa hari ini terasa benar kesunyian yang terpendam di lubuk hati..kadang-kadang hati meronta ingin seperti mereka tapi apa daya ku ketentuan begini jua dipelukkah..bisakah hati ini bernyanyi dikala sepi..sayangnya tiada siapa yang mengerti..hanya pada Tuhan ku berserah diri menaruh harapan yang tak pasti..meniti hari-hari yang ku sendiri tak fahami..tapi mengapa?mengapa harus begini jalannya?setitik demi setitik air mata menuruni pipi melerai segala yang terbuku dihati..teman alangkah rindunya aku pada kalian..janji yang kita patri hanya mimpi yang menguji diri..aku terdampar dibenua sepi membawa haluan diri mengejar impian yang tak pasti dimanakah harusku berhenti..namun yang pasti aku terceruk seorang diri disini..hanya kenangan masih tersimpan teguh didalam hati..ketika dulu kita sering bergaduh,bersama,bergembira,berjuangan bersama mengerjar cita-cita tapi kini jarak dan masa depan memisahkan kita..terdetik di dalam hati betapa akrabnya kita pada waktu itu namun semua tak terduga..echut,inginku pohon maaf atas kedinginan hubungan yang dulu mungkin waktu itu kita masih terlalu mentah untuk menilai keikhlasan sebuah persahabatan namun aku rindu untuk senyum dan tawa bersamamu..anna,teman yang dari kecil bersamaku..susah dan senang sentiasa disisiku..aku ingin kembali bersama bercerita tentang perjuangan melangkah seiring bersama..alangkah indahnya ketika itu..hanya kau yang paling mengerti akan aku..chy,teman yang kukasihi sehingga kini peneman sepi..begurau senda tak bertepi namun keikhlasanmu membuat ku terharu..setiap masa dikongsi bersama..situt,walaupun kita tak seakrab mana namun aku bahagia pernah menjadi sahabatmu..kesusahan dan tempat menemukan kita..lantas terjalin persahabatan yang bermakna..dha,teman sepermainan yang kadang-kala aku sendiri tak dapat fahami dirinya..namun aku gembira dapat bersama menjalin persahabatan yang tak seindah yang disangka..sedikit kelukaan terpalit dihati yang tak pernah terungkai olehmu..ku pendamkan demi persahabatan yang sejati namun kadang-kala perasaan menghantui diri menyebabkan aku kecewa dilubuk hati..namun kini semua kenangan hanyalah ilusi..menyedarkan aku akan jalan hidup yang kian menghimpit diri dibawa arus kehidupan yang tak pasti..endu,tawit,jina,amoi tapong,amoi umi,buat kalian juga terima kasih diucapan kerana pernah hadir dalam hidupku seiring dan sejalan berjuang bersama walaupun ada ketika sengeta kerap mengganggu suasana namun aku bahagia bersama kalian..berkongi derita seketika Cuma namun amat bermakna..disini,aku lebih tabah untuk berdiri bertemu teman baru yang ku sendiri tak pasti adakah hubungan ini akan berkekalan sehingga mati namun aku berterima kasih pada kalian kerana menemani aku dikala sepi..memimpin tangan dikala aku hampir terjatuh di alam mimpi..buat tunang tersayang ku rasa bahagia berkongsi hidup dan cita-cita bersama..meniti hari-hari bahagia yang kian dihampiri walaupun dulu sengeta dan kebencian pernah menghantui hidup kita kerana fitnah dan salah sangka tapi kini aku bahagia dapat menjalin kembali hubungan yang telah lama kupinta..terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya..buat keluarga tercinta ku pohon maaf kerana sering membuat kalian terluka namun jauh disudut hati tersimpan nilai suci dalam diri untuk kalian dikamudian hari..suatu hari nanti kalian juga akan mengerti mengapa ia jadi begini..aku bangga menjadi salah sebahagian anggota keluarga ini..kasih sayang kalian yang sentiasa mengalir menyemarakkan semangat ini agar terus berjuang mengejar impian..

Ngagai bala kaban ke sama bansa iban sama meh kitai nyukung nama ke udah dikemaju ke bala kaban belayan kitai ke udah maju baka dalam dunia penulisan,filem,leka main enggau bidang bukai. Ndai salah nyema kitai meli tauke maca nama ke digaga sida,kitai patut nyukung bansa diri empu,sama betulung ngemaju ke bansa diri. Walaupun pada hakikat ya bansa kitai lebih agi begedi agi pangan diri lebih agi ti ba rumah panjai.Nda tau ninga bisi orang belajar tinggi,bisi pengawa meruan,kaya..macam-macam petenah digaga ambi ka orang nya nda mujur baka sida. Uji fikir enggau manah,enggau dalam-dalam bisi ke pegawa kenya mai pengelantang,penyenang agai sida?Kadang-kadang hairan ga aku,nama kebuah sikap kitai iban bakanya,sedangkan enti bansa bukai mayuh agi betulung,besukung ka bansa diri ti maju..siti agi sikap kitai iban paling enda dikerindu ke aku ianya ka amat mabuk,ngirup sampai enda sedar kediri empu,endai basa agi orang bukai.Nambah ka nya mega,kadang-kadang berekak,belaya enggau diri sebilik,nyamah bini,bebunuh..Kadang-kadang malu ka ngaku nya bansa diri ti meda mabuk ba kaki lima,ba sebelah jalai alun..uji enti nadai pegawa baca pegari,baca novel iban,nya bisi agi reti..kadang-kadang mayuh kitai iban nda berati ka pekara nya..nya meh siti ari sikap kitai iban ka ngasuh kitai majak mundur enda tetitih ka bansa bukai. Ukai ga semua kitai iban kenya laban mayuh ga menyadi iban kitai ke bukai maju,bepangkat tinggi,bepelajar tinggi.Kadang-kadang sinu ga aku berati ke semuanya,malah ba rumah panjai aku empu pan kenya ga kadang-kadang kala ga pansut ari mulut aku tentang pekara nya lebuh ka bekenang enggau bala ibu,aya,apai,indai,bala madi enggau bala kaban ke bukai.Uji meh kitai nitih ke singkang bansa bukai,anang majak enggau sikap ke jai bakanya labannya nadai mai penguntung agi kitai empu.Dunya tu majak maju semaju nya alai sama meh kitai nyingkang nitih ke pemansang.


INFO KESIHATAN
Beri biru hilangkan mengantuk
MENGUNYAH semangkuk beri biru yang kaya dengan vitamin C dan E ketika sarapan pagi mampu menghentikan rasa letih pada waktu tengah hari.
Penyelidik mendapati dengan pengambilan buah-buahan, ia dapat membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan sehingga lima jam kemudiannya.
Menurut penyelidik dari Universiti Reading, Britain, Dr Jeremy Spencer, kandungan antioksida yang terdapat dalam beri biru meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, sekali gus menjadikan otak sentiasa cergas.

Related Posts with Thumbnails