Golongan perokok empat kali ganda berisiko alami masalah penglihatan
Pernahkah anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.

Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.
Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.
Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.
Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.
Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.
Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.
“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.
“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.
“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.
Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.
Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.
AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.
Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.
“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.
Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.
“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.
FAKTA: Tahap-tahap AMD

AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.
AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.
iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.

AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.
Faktor risiko yang tidak boleh dikawal
Faktor risiko yang tidak boleh dikawal
Genetik
Umur
Faktor boleh dikawal
Faktor boleh dikawal
Merokok
Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD
Hipertensi atau tekanan darah tinggi
Obesiti dan tidak bersenam
Pendedahan pada cahaya matahari
Rawatan
Rawatan
Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.
Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.
Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.
0 ulasan:
Post a Comment