BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 6, 2009

Panik mudah serang wanita

Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.

PESAKIT berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan.








"GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa," ujar Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain.

Dekan dan Profesor di Psikiatri Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendedahkan, banyak pihak menganggap kehadiran simptom panik melampau sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan


"Kecelaruan panik merupakan satu keadaan saraf di dalam otak yang menjadikan seseorang itu cukup mudah panik. Dalam erti kata lain, otak seolah-olah mencetuskan kepanikan tersebut," katanya.Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.Berbeza dengan agorafobia, panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional."Malah, pesakit berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan yang selalunya berkait rapat dengan perasaan tidak selamat, bahaya atau mati," ujar Azhar.ajian yang dilakukan Azhar pada tahun 1994 yang melibatkan sekumpulan pesakit kecelaruan panik dan pelajar perubatan membuktikan mereka bukan saja menghadapi ketidakselanjaran mental malah masalah biologi.

Menerusi kajian tersebut yang kini diguna pakai sebagai asas memahami pesakit mendapati cara pesakit kecelaruan panik mengakses sesuatu benda atau perkara tidak sama dengan manusia normal.

"Paling menonjol, mereka ini mudah melihat benda sebagai sesuatu yang negatif dan katastropik. Sebagai contoh, bagi perkataan neutral, mereka akan tenang.


"Namun apabila pakar menggunakan perkataan yang tertentu seperti mati, sesak atau lemas, mereka akan 'terangsang'. Malah, ada di antara mereka seolah-olah turut mengalaminya ketika itu," kata Azhar.

Pendekatan biologi dan psikiatri amat perlu bagi merawat kecelaruan panik kerana pendedahan seseorang kepada penyakit itu dalam jangka masa panjang akan mengundang masalah.

"Masalah itu bukan saja pada diri mereka malah juga kepada pasangan, ahli keluarga, tempat kerja malah persekitaran pesakit. Hingga adakalanya ia mengganggu rutin hidup pesakit itu sendiri," katanya.

'Serangan' yang berlaku di tempat kerja juga boleh menyebabkan prestasi seseorang itu menjunam kerana tekanan daripada mereka yang tidak faham akan penyakit itu.

Penyakit panik melampau juga tidak berakhir di situ. Jelas Azhar, gejala kemurungan, agorafobia hingga akhirnya melibatkan tekanan jiwa akan melengkapkan 'rantaian' penyakit itu.

Lebih membimbangkan, serangan panik melampau turut melibatkan kanak-kanak. Malah satu kajian oleh beberapa pakar di Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat mendapati sebanyak 40 peratus perlakuan itu bermula sebelum pesakitnya berumur 20 tahun.

Cara rawatan, tegasnya, tidak hanya bergantung kepada ubatan serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imaginasi panik tersebut.

"Memang ada ubatan khusus namun ia akan menyekat saraf katastropik daripada berfungsi sewajarnya. Dalam kata lain, pesakit akan tiada tindak balas langsung terhadap persekitarannya.

"Justeru, ubatan yang diberi hanya bersifat pelindung bagi menyekat saraf itu daripada menjadi terlalu sensitif di samping rutin terapi yang harus diikuti oleh pesakit," jelasnya.

Friday, April 3, 2009

Iban

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.


Jumlah penduduk 600,000 (Sarawak sahaja)
Rantau dengan penduduk penting Sarawak, Brunei & Kalimantan Barat
Bahasa Iban
Agama Kristian & Animist

Kelompok etnik terdekat Kantu, Mualang, Semberuang, Bugau & Sebaru'

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah.Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di sekitar negeri Sarawak.



Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.


Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai system tulisan yang disebut 'Turai'. Iya nya mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. System tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' dimana mereka mematahkan kemaraan penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount.

sebahagian besar masyarakat iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh negeri Sarawak, Segolongan besar orang iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. orang iban pada zaman dahulu merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit.aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.bagi masyarakat iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. justeru itu masyarakat iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). selain itu orang iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di sarawak, kebanyakan generasi baru iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.

Nama brita nuan? - "bagaimana anda?"
Sapa nama nuan? - "Apakah nama anda?"
Brapa rega utai tu? - "Berapa harga barang ini?"
Dini alai ___? - "Dimana ___?"
Ari ni penatai nuan? - "Anda dari mana?"
Aku datai ari ___. - "Saya datang dari ___."
Pukul brapa diatu? - "Sekarang pukul berapa?"
Selamat lemai! - "Selamat petang!"
Selamat datai! - "Selamat datang!"
Anang manchal! - "Jangan nakal!"
enda ulih datai - "tidak dapat datang"
Anang guai - "nanti dulu"
Nadai ngawa nya - "tidak mengapa"
Nyamai wai - "rasa bagus"
Pulai dulu-"Saya mahu pulang"
Aram bekelala-"Mari berkenalan"
Pengerindu-"Cinta, Ghairah"
Aku rinduka nuan-"Saya cinta / seperti anda"
Manah-"Bagus, Hebat"
Jai'-"Jahat, rosak"
Sapa enggau nuan?-"Siapa dengan anda?"
Aku enggau ___-"Saya datang / datang dengan ___"
Dinga meh-"Sila dengar"
Anang inggar / ragak-"Sila, senyap"

Thursday, April 2, 2009


persahabatan kami umpama anime ini,anna,chy dan aku,mawar...terlalu indah untuk dikenang..walaupun kami sudah berjauhan membawa haluan diri mengejar cita2 dan impian namun saat susah dan senang sentiasa dikongsi bersama...ku rasa bertuah kerana dianugerahkan sahabat seperti mereka..

Wednesday, April 1, 2009

You Found A Friend In Me




You Found A Friend In Me

You see a heart full of love
Each time you take a look
With many thoughts of you
You read me like a book

Nothing that I need to hide
As you look a little deeper
Viewing beyond the cover
You knew I was a keeper

On throughout those years
So much I shared with you
Every moment I cherished
You know this to be true

Knowing the heart of mine
Sincerity you came to see
Assurence in which I gave
You found a friend in me

I'll be there for you..




I’ll be there for you…

I’ll be there for you
Remember these words
I am letting you know
I’ll always be there for you

No matter what happen
Even the sun can’t shine anymore
And the stars lost its brightness
Even if you can’t find
The love in your heart for me
I’ll be there for you..

I know it will be so hard
For you to let me know
Your heart is not beating for me anymore
But I don’t care..
I don’t care..as long as I live
Within my love for you …


Just remember…
I am always here
To be there for you
When you need me
I’ll be there for you…

LOVE IS



I LOVE TO FEEL YOUR PASSIONATE KISS
AND YOUR LOVING ARMS I TRULY MISS
I LOVE THE WAY YOU TOUCH MY SKIN
WITH UNTOLD PLEASURES FROM DEEP WITHIN
I LOVE THE WAY YOU CARESS MY SOUL
WHEN WE MAKE LOVE MY BODY FEELS WHOLE
I LOVE THE TOUCH OF YOUR EMBRACE
AND THE LOOK OF LOVE UPON YOUR FACE
I LOVE THE WAY YOU MAKE ME FEEL
WITH YOUR TENDER LOVE "IS THIS FOR REAL"
I LOVE THE THOUGHT OF BEING TOGETHER
TO BE AS ONE FOR EVER AND EVER


I love you my Friend




Perhaps I hide it well,
But if you look close,
You're sure to find..
That I love you,
With heart, soul,
Body, and mind.

I spend my days and nights,
Thinking about you;
Sometimes I'm elated and hopeful,
And sometimes I'm down and blue..
Waiting for these sweet dreams,
Of us to come true.

I have a picture of us, in my mind,
The way that I wish it could be,
For you and me.
It's not difficult to see..
That were as perfect together,
As the shore and the sea.

The ribbons for you around my heart..
Are the ties that bind,
For I am a slave to the oldest type of bondage
Known to mankind.

I will always be here waiting for you.
My heart ever so hopeful ,
That these dreams of you may come true.
But whether or not they do,
I will always love you.

Because our friendship is genuine and true.







Tags:
friendship, falling, loving,

Related Posts with Thumbnails