Panik mudah serang wanita
Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional. |
|
|
|
|
|
"GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa," ujar Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain.
Dekan dan Profesor di Psikiatri Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendedahkan, banyak pihak menganggap kehadiran simptom panik melampau sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan"Kecelaruan panik merupakan satu keadaan saraf di dalam otak yang menjadikan seseorang itu cukup mudah panik. Dalam erti kata lain, otak seolah-olah mencetuskan kepanikan tersebut," katanya.Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.Berbeza dengan agorafobia, panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional."Malah, pesakit berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan yang selalunya berkait rapat dengan perasaan tidak selamat, bahaya atau mati," ujar Azhar.ajian yang dilakukan Azhar pada tahun 1994 yang melibatkan sekumpulan pesakit kecelaruan panik dan pelajar perubatan membuktikan mereka bukan saja menghadapi ketidakselanjaran mental malah masalah biologi.
Menerusi kajian tersebut yang kini diguna pakai sebagai asas memahami pesakit mendapati cara pesakit kecelaruan panik mengakses sesuatu benda atau perkara tidak sama dengan manusia normal.
"Paling menonjol, mereka ini mudah melihat benda sebagai sesuatu yang negatif dan katastropik. Sebagai contoh, bagi perkataan neutral, mereka akan tenang.
"Namun apabila pakar menggunakan perkataan yang tertentu seperti mati, sesak atau lemas, mereka akan 'terangsang'. Malah, ada di antara mereka seolah-olah turut mengalaminya ketika itu," kata Azhar.
Pendekatan biologi dan psikiatri amat perlu bagi merawat kecelaruan panik kerana pendedahan seseorang kepada penyakit itu dalam jangka masa panjang akan mengundang masalah."Masalah itu bukan saja pada diri mereka malah juga kepada pasangan, ahli keluarga, tempat kerja malah persekitaran pesakit. Hingga adakalanya ia mengganggu rutin hidup pesakit itu sendiri," katanya.
'Serangan' yang berlaku di tempat kerja juga boleh menyebabkan prestasi seseorang itu menjunam kerana tekanan daripada mereka yang tidak faham akan penyakit itu.
Penyakit panik melampau juga tidak berakhir di situ. Jelas Azhar, gejala kemurungan, agorafobia hingga akhirnya melibatkan tekanan jiwa akan melengkapkan 'rantaian' penyakit itu.
Lebih membimbangkan, serangan panik melampau turut melibatkan kanak-kanak. Malah satu kajian oleh beberapa pakar di Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat mendapati sebanyak 40 peratus perlakuan itu bermula sebelum pesakitnya berumur 20 tahun.
Cara rawatan, tegasnya, tidak hanya bergantung kepada ubatan serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imaginasi panik tersebut.
"Memang ada ubatan khusus namun ia akan menyekat saraf katastropik daripada berfungsi sewajarnya. Dalam kata lain, pesakit akan tiada tindak balas langsung terhadap persekitarannya.
"Justeru, ubatan yang diberi hanya bersifat pelindung bagi menyekat saraf itu daripada menjadi terlalu sensitif di samping rutin terapi yang harus diikuti oleh pesakit," jelasnya.
0 ulasan:
Post a Comment