BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 13, 2010

Draf_KONSEP 2
11
KONSEP 2 : PERHUBUNGAN
Perhubungan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Perhubungan antara
seseorang dengan insan lain berlaku secara positif dan negatif. Contoh perhubungan positif
ialah persahabatan dan kasih sayang, manakala perhubungan negatif meliputi gangguan
seksual, penderaan dan keganasan.
OBJEKTIF
Selepas mempelajari konsep ini, peserta dapat :
· Memahami cara-cara bagaimana menjadi seorang kawan
· Memahami cara-cara untuk menjalin serta mengekalkan persahabatan baru
· Menilai perwatakan, kualiti dan tingkah laku adalah penting dalam memilih,
membentuk, mengekal dan menilai persahabatan
· Memahami dan mempelajari untuk menerima perbezaan antara individu
· Meluahkan perasaan kemesraan, kasih sayang dan cinta dengan cara yang sesuai
· Memahami maksud janji temu, memperkembang dan mengekalkan perhubungan
yang bermakna
· Memahami maksud antara janji temu dengan perkahwinan
· Memperkembangkan sifat jujur, tidak mengambil kesempatan dan bertanggungjawab
terhadap perhubungan
· Memahami dan membentuk perwatakan yang dapat menghalang gangguan seksual,
penderaan dan keganasan serta mengetahui di mana dan bagaimana sumber
bantuan boleh diperolehi
· Memahami peranan gender
· Mengenal pasti bentuk perhubungan yang positif dan negatif.
1. Persahabatan
Persahabatan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita
Tahap I (4 – 6 tahun)
· Seseorang individu boleh mempunyai ramai kawan
- Terdapat pelbagai jenis kawan
- Kawan terdiri daripada lelaki dan perempuan
- Kawan terdiri daripada golongan muda dan tua
- Kawan terdiri daripada pelbagai keturunan, bangsa, agama, budaya dan status
sosioekonomi
· Mempelajari bagaimana menjalin dan mengekalkan persahabatan
· Nilai- nilai persahabatan
- Kawan saling membantu antara satu sama lain
- Kawan boleh berasa gembira dan marah terhadap satu sama lain
- Kadangkala kawan boleh menyinggung perasaan antara satu sama lain
- Kawan saling bermaafan antara satu sama lain
- Kawan meluangkan masa bersama-sama dan mengenali antara satu sama lain
Tahap II (7 – 9 tahun)
· Seseorang individu boleh mempunyai ramai kawan
- Terdapat pelbagai jenis kawan
- Kawan terdiri daripada lelaki dan perempuan
- Kawan terdiri daripada golongan muda dan tua
Draf_KONSEP 2
12
- Kawan terdiri daripada pelbagai keturunan, bangsa, agama, budaya dan status
sosioekonomi
· Mempelajari bagaimana menjalin dan mengekalkan persahabatan
- Mendengar dengan penuh perhatian
- Bekerjasama, berkongsi, mendengar, bertolak ansur dan menunjukkan
empati, serta memberi sokongan jika perlu
- Memberi penghargaan dan pujian di mana perlu
- Bersikap optimis, saling menghormati dan memupuk sifat amanah
· Memilih kawan
- Belajar memilih kawan yang baik adalah penting
- Banyak kemahiran yang diperlukan untuk memula, mengekal dan memutuskan
persahabatan
· Nilai-nilai persahabatan
- Kawan saling membantu antara satu sama lain
- Kawan boleh berasa gembira dan marah terhadap satu sama lain
- Kadangkala kawan boleh menyinggung perasaan antara satu sama lain
- Kawan saling bermaafan antara satu sama lain
- Kawan meluangkan masa untuk bersama-sama dan mengenali antara satu
sama lain
- Kawan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain
- Belajar menerima perbezaan, seseorang yang berkeperluan khas/orang
kurang upaya boleh dijadikan kawan.
- Kawan dapat membantu seseorang berasa selesa terhadap dirinya
- Ibu bapa boleh menjadi kawan kita.
· Menilai persahabatan
- Fikirkan tingkah laku kawan dan apakah kepentingan mereka kepada kita
- Pastikan kita memilih kawan yang baik dan sesuai
- Belajar mengenal pasti tingkah laku yang positif dan negatif dalam
persahabatan
- Ada kawan yang baik hati dan suka membantu, tetapi adakalanya mereka tidak
bertimbang rasa dan menyakitkan hati
- Kawan saling membantu antara satu sama lain; belajar mencontohi tingkah
laku kawan yang positif
- Kawan memberi pandangan; belajar menerima perbezaan pendapat antara
kawan
· Persahabatan boleh berubah
- Kita mungkin bertukar kawan apabila berpindah, bertukar sekolah, tidak serasi
dan akibat peredaran masa
- Belajar menyesuaikan diri dan mengenali kawan baru
· Memahami tingkah laku membuli
- Apakah yang dimaksudkan sebagai membuli
- Siapakah yang membuli
- Mengenali jenis-jenis buli
- Mengubah dan menangani sikap membuli
Tahap III (10 – 12 tahun)
· Memilih kawan
- Memilih kawan dengan baik adalah penting; belajar memilih kawan dan
menjalin persahabatan
- Mendengar dengan penuh perhatian
- Bekerjasama, berkongsi, mendengar, bertolak ansur dan menunjukkan empati,
serta memberi sokongan jika perlu
- Memberi penghargaan dan pujian di mana perlu
- Bersikap optimis, saling menghormati dan memupuk sifat amanah
- Berkawan bermaksud meluangkan masa bersama-sama dan mengenali antara
satu sama lain
Draf_KONSEP 2
13
· Nilai-nilai persahabatan
- Jalinan persahabatan yang sempurna memerlukan sifat mengambil berat,
bertolak ansur, saling menghormati, empati dan komitmen antara satu sama
lain
· Menilai persahabatan
- Perselisihan dalam persahabatan: kawan kita mungkin tidak sealiran pendapat
dan kelakuan seperti kita, pergaduhan dan pertelingkahan mungkin berlaku di
kalangan kawan-kawan. Ini adalah normal; kita boleh belajar bertolak ansur
dalam menanganinya
- Bersikap asertif terhadap pendirian kita adalah lebih baik daripada bertindak
dan berfikiran agresif
- Sesetengah kawan mempunyai cita rasa dan minat yang sama dengan kita;
menerima perbezaan antara kawan boleh memperkayakan jalinan
persahabatan dan persefahaman
- Kawan boleh saling membantu antara satu sama lain; meniru dan contohi
tingkah laku positif daripada kawan
- Kita mungkin bertukar kawan apabila berpindah, bertukar sekolah, berbeza
pendapat dan akibat peredaran masa
- Persahabatan boleh berubah; belajar menyesuaikan diri dan mengenali kawan
baru
- Persahabatan yang berkualiti perlu dipupuk
- Memahami tingkah laku yang boleh menjejaskan perhubungan, misalnya,
kelakuan agresif
- Mengenal pasti kawan yang memerlukan bantuan; mengetahui dan
menggunakan cara-cara konstruktif untuk membantu kawan
· Memahami tingkah laku membuli
- Apakah yang dimaksudkan sebagai membuli
- Siapakah yang membuli
- Mengenali jenis-jenis buli
- Mengubah dan menangani sikap membuli
Tahap IVA (13 – 15 tahun)
· Memilih kawan
- Memilih kawan dengan baik adalah penting; belajar memilih kawan dan
menjalin persahabatan
- Mendengar dengan penuh perhatian
- Bekerjasama, berkongsi, mendengar, bertolak ansur dan menunjukkan
empati, serta memberi sokongan jika perlu
- Memberi penghargaan dan pujian di mana perlu
- Bersikap optimis, saling menghormati dan memupuk sifat amanah
- Berkawan bermaksud meluangkan masa bersama-sama dan mengenali antara
satu sama lain
· Nilai-nilai persahabatan
- Jalinan persahabatan yang sempurna memerlukan sifat mengambil berat,
bertolak ansur, saling menghormati, empati dan komitmen antara satu sama
lain
· Menilai persahabatan
- Perselisihan dalam persahabatan: kawan kita mungkin tidak sealiran pendapat
dan kelakuan seperti kita, pergaduhan dan pertelingkahan mungkin berlaku di
kalangan kawan-kawan. Ini adalah normal; kita boleh belajar bertolak ansur
dalam menanganinya.
- Bersikap asertif terhadap pendirian kita adalah lebih baik daripada bertindak
dan berfikiran agresif
- Sesetengah kawan mempunyai cita rasa dan minat yang sama dengan kita;
menerima perbezaan antara kawan boleh memperkayakan jalinan
persahabatan dan persefahaman
Draf_KONSEP 2
14
- Kawan boleh saling membantu antara satu sama lain; meniru dan contohi
tingkah laku positif daripada kawan
- Kita mungkin bertukar kawan apabila berpindah, bertukar sekolah, berbeza
pendapat dan akibat peredaran masa
- Persahabatan boleh berubah; belajar menyesuaikan diri dan mengenali kawan
baru
- Persahabatan yang berkualiti perlu dipupuk
- Memahami tingkah laku yang boleh menjejaskan perhubungan, misalnya,
kelakuan agresif
- Mengenal pasti kawan yang memerlukan bantuan; mengetahui dan
menggunakan cara-cara konstruktif untuk membantu kawan
· Memahami tingkah laku membuli
- Apakah yang dimaksudkan sebagai membuli
- Siapakah yang membuli
- Mengenali jenis-jenis buli
- Mengubah dan menangani sikap membuli
· Memahami ciri-ciri persahabatan yang mesra
- Perbezaan perasaan saling menyukai, menyayangi dan tarikan (infatuation)
- Memilih kawan adalah mudah, tetapi menjalin persahabatan adalah sukar
kerana adakalanya ia berisiko; kita mungkin berhadapan dengan kawan yang
mengambil kesempatan atau menyisihkan kita
- Lelaki dan perempuan boleh berkawan tanpa menjalin perhubungan intim
- Berwaspada terhadap perbezaan antara tingkah laku yang normal dan
eksploitatif dalam perhubungan
· Membentuk emosi yang positif
- Langkah pertama dalam menjalin persahabatan yang kukuh adalah
membentuk tingkah laku diri yang positif iaitu bersikap optimistik
- Menangani emosi negatif seperti perasaan cemburu, sifat tidak ingin berkongsi
(possessiveness), marah dan dengki
· Kita perlu belajar mengawal emosi dan meluahkannya dalam bentuk positif
Tahap IVB (16 – 18 tahun)
· Kepercayaan (trust) adalah perasaan yakin seseorang terhadap orang lain
- Persahabatan akan terus terjalin apabila kawan saling mempercayai,
menghormati dan boleh diharap untuk memberi sokongan serta bantuan
apabila diperlukan
- Sikap saling menghormati antara satu sama lain memerlukan inisiatif dan
usaha; ia melibatkan perasaan hormat terhadap orang lain di sekeliling kita
- Kadang kala kepercayaan antara kawan boleh terjejas akibat perselisihan
faham, kekecewaan dan memungkiri janji
· Kita perlu menghormati pendapat dan kebebasan orang lain serta tidak memaksa
mereka menerima pendapat dan permintaan kita
· Mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu :
- mengetahui perbezaan antara pujian dan gangguan seksual
- berlatih menjadi asertif dan tidak bertindak agresif
- mempunyai kemahiran menangani perasaan marah dan stres
Tahap V (19 tahun ke atas)
· Golongan dewasa perlu mengetahui apa yang sepatutnya diajar kepada kanakkanak
Draf_KONSEP 2
15
2. Janji Temu, Tarikan (Infatuation) dan Cinta
Janji temu membolehkan seseorang mengalami dan mempelajari perhubungan dan
kemesraan. Pelbagai jenis perhubungan yang mesra dan kasih sayang adalah
penting sepanjang hayat.
Tahap I (4 – 6 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Kita boleh mengalami perasaan kasih sayang yang berbeza
· Kita meluahkan dan menunjukkan kasih sayang yang berbeza terhadap ibu bapa,
keluarga dan kawan-kawan
· Mengenali dan menyayangi diri sendiri : “Saya adalah insan istimewa”
Tahap II (7 – 9 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Seseorang mengalami perhubungan saling mengasihi sepanjang hayat
· Seseorang mengalami perasaan kasih sayang yang berbeza
· Seseorang boleh meluahkan perasaan kasih sayang terhadap orang lain melalui
pelbagai cara
· Individu meluahkan dan menunjukkan rasa sayang yang berbeza kepada ibu
bapa, keluarga dan kawan-kawan
· Menyayangi diri akan mempertingkatkan jalinan perhubungan dengan orang lain
Tahap III (10 – 12 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Cinta bermaksud mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap
diri dan orang lain
· Seseorang mengalami perhubungan saling mengasihi sepanjang hayat
· Seseorang mengalami perasaan cinta yang berbeza
· Seseorang boleh meluahkan perasaan cinta terhadap orang lain melalui pelbagai
cara
· Individu meluahkan dan menunjukkan rasa sayang yang berbeza kepada ibu
bapa, keluarga dan kawan-kawan
· Menyayangi diri akan mempertingkatkan jalinan perhubungan dengan orang lain
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan
“kasih sayang”
· Sebelum menjalinkan perhubungan intim, kita perlu berkawan, meluangkan
masa bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam
Tahap IVA (13 – 15 tahun)
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan
“kasih sayang”
- Sebelum menjalinkan perhubungan intim, kita perlu berkawan, meluangkan
masa bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam
- Janji temu meliputi bersama-sama menjalankan aktiviti rekreasi, mempelajari
perkara baru dan berlatih kemahiran bersosial
- Keinginan, minat dan kesediaan berbeza di kalangan individu
- Pelbagai tanggapan semasa janji temu (berdating)
Draf_KONSEP 2
16
- Individu membuat janji temu (berdating) bagi tujuan yang berbeza, misalnya,
mencari teman, berkongsi pengalaman, menjalin persahabatan dan berkasih
sayang
- Individu yang berlainan bangsa, etnik dan kepercayaan agama mungkin
mendampingi antara satu sama lain
- Berbelanja serta memberi hadiah semasa janji temu tidak bermakna seseorang
itu berhak meminta sebarang ganjaran berbentuk seksual sebagai balasan
- Jalinan hubungan diperkukuhkan melalui sikap jujur dan terbuka.
· Cinta tidak sama dengan tarikan (attraction/infatuation) atau hubungan seksual
· Memahami perbezaan antara tarikan, kasih sayang, hubungan intim, perasaan
romantis dan cinta
- “Cinta pertama” dan jatuh cinta adalah berbeza dan mungkin merupakan
pengalaman paling hebat dalam hidup seseorang
- Perasaan mula bercinta adalah berbeza daripada perasaan semasa bercinta
dalam perhubungan yang kekal dan mesra
- Dimensi dan komitmen mungkin berbeza dalam percintaan
- Individu mungkin terkeliru antara cinta dengan perasaan lain seperti cemburu
dan terkongkong
- Cara positif untuk menangani putus cinta atau cinta yang tidak berbalas
· Menyayangi diri sendiri akan mempertingkatkan keupayaan seseorang mengasihi
orang lain
· Hubungan seks tidak sepatutnya dijadikan sebagai ujian dalam percintaan
· Perasaan kasih sayang dan cinta boleh diluahkan tanpa melibatkan sebarang
bentuk aktiviti seksual
Tahap IVB (16 – 18 tahun)
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan “kasih
sayang”

- Jalinan hubungan diperkukuhkan melalui sikap jujur dan terbuka

17

- Mengekalkan hubungan berkualiti adalah tanggungjawab bersama
- Nilai janji temu adalah berbeza di kalangan keluarga, budaya dan agama
- Keluarga mungkin mempunyai tanggapan berbeza mengenai janji temu di
kalangan remaja lelaki dan perempuan.
· Percintaan melibatkan perkongsian nilai, komitmen dan keintiman
· Memahami akibat menggunakan hubungan seks sebagai ujian dalam percintaan
· Mengetahui cara-cara meluahkan perasaan mesra tanpa melibatkan hubungan
seks

kalangan remaja lelaki dan perempuan
· Percintaan melibatkan perkongsian nilai, komitmen dan keintiman
· Memahami akibat menggunakan hubungan seks sebagai ujian dalam percintaan
· Mengetahui cara-cara meluahkan perasaan mesra tanpa melibatkan hubungan
seks
· Memahami maksud perhubungan janji temu dan perkahwinan
· Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pasangan
Draf_KONSEP 2
18
· Mengetahui bila dan di mana untuk mendapatkan bantuan
· Cara mengatasi cinta yang tidak berbalas atau ditolak
3. Gangguan Seksual, Penderaan dan Keganasan
Tahap I (4 – 6 tahun)
· Tubuh anda hanya milik anda sahaja
- Kita perlu menghormati diri kita dan orang lain
· Memperkenalkan perbendaharaan kata berkaitan perasaan kepada kanak-kanak
- Mengenal pasti pelbagai jenis perasaan
- Perasaan ini boleh melindungi kita
· Memperkenalkan peraturan berkaitan sentuhan :
- Tiada sesiapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh kita kecuali bagi tujuan
menjaga kebersihan dan kesihatan
- Tiada sesiapa berhak meminta kita menyentuh bahagian sulit tubuh mereka
- Jika anda tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, ‘Katakan Tidak,
Lari dan Beritahu Seseorang’
- Beritahu orang yang anda percayai; terus memberitahu sehingga ada orang
yang mendengar dan membantu anda
· Membezakan pelbagai sentuhan pada ‘Kontinum Sentuhan’ (Touch Continuum)
- Sentuhan selamat, tidak selamat dan mengelirukan
- Elakkan diri dan berkata ‘Tidak’ dalam situasi di mana keselamatan diri anda
terancam
- Bukan salah anda jika seseorang menyentuh anda dengan cara yang tidak
anda senangi
· Membezakan antara rahsia yang baik dan buruk
· Memilih individu yang ingin diberitahu (sistem sokongan)
- Mendidik kanak-kanak untuk mengenal pasti individu yang boleh dipercayai di
sekeliling mereka
· Belajar memberitahu seseorang sekiranya anda berasa terancam
- Menggalakkan kanak-kanak berkata ‘Tidak’ terhadap sentuhan yang tidak
disenangi

19

· Kesedaran terhadap hak untuk mendapatkan maklumat mengenai seksualiti
- Maklumat mengenai perkembangan manusia
- Tanggungjawab untuk kebersihan diri
- Menjelaskan maksud eksploitasi, penganiayaan, stereotaip dan melabel
- Menjelaskan maksud salah tanggapan serta mengelakkan penganiayaan
seksual dan eksploitasi
· Menampilkan diri secara positif
· Berhak mendapat perlindungan daripada dianiaya
Tahap IVA (13 – 15 tahun)
· Tubuh anda hanya milik anda sahaja
- Kita perlu menghormati diri kita dan orang lain
· Memperkenalkan perbendaharaan kata berkaitan perasaan kepada kanakkanak
- Mengenal pasti pelbagai jenis perasaan
- Perasaan ini boleh melindungi kita
Draf_KONSEP 2
20
· Memperkenalkan peraturan berkaitan sentuhan :
- Tiada sesiapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh kita kecuali bagi tujuan
menjaga kebersihan dan kesihatan
- Tiada sesiapa berhak meminta kita menyentuh bahagian sulit tubuh mereka
- Jika anda tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, ‘Katakan Tidak,
Lari dan Beritahu Seseorang’
- Beritahu orang yang anda percayai. Terus memberitahu sehingga ada orang
yang mendengar dan membantu anda
· Membezakan pelbagai sentuhan pada ‘Kontinum Sentuhan’ (Touch Continuum)
- Sentuhan selamat, tidak selamat dan mengelirukan
- Elakkan diri dan berkata ‘Tidak’ dalam situasi di mana keselamatan diri anda
terancam
- Bukan salah anda jika seseorang menyentuh anda dengan cara yang tidak
anda senangi
· Membezakan antara rahsia yang baik dan buruk
· Memilih individu yang ingin diberitahu (sistem sokongan)
- Mendidik kanak-kanak untuk mengenal pasti individu yang boleh dipercayai di
sekeliling mereka
· Belajar memberitahu seseorang sekiranya anda berasa terancam
- Menggalakkan kanak-kanak berkata ‘Tidak’ terhadap sentuhan yang tidak
disenangi
· Kesedaran terhadap hak untuk mendapatkan maklumat mengenai seksualiti
- Maklumat mengenai perkembangan manusia
- Tanggungjawab untuk kebersihan diri
- Menjelaskan maksud eksploitasi, penganiayaan, stereotaip dan melabel
- Menjelaskan maksud salah tanggapan serta mengelakkan penganiayaan
seksual dan eksploitasi
· Menampilkan diri secara positif
· Berhak mendapat perlindungan daripada dianiaya
Tahap IVB (16 – 18 tahun)
· Memahami isu berkaitan dengan remaja kini
Contoh, penyalahgunaan kuasa dalam perhubungan - buli, manipulasi, tekanan
rakan sebaya, janji temu dan eksploitasi
· Mengetahui tanggungjawab dan hak anda sebagai remaja dan ‘Peraturan
Sentuhan’
· Memahami eksploitasi
- Eksploitasi ialah mengambil kesempatan ke atas seseorang: menggunakan
orang lain untuk tujuan keuntungan dan hiburan
- Eksploitasi adalah sebahagian penting dalam pencegahan penderaan seksual
· Definisi, jenis dan maksud penderaan, keganasan dan gangguan seksual
- Penderaan seksual selalunya melibatkan orang yang dikenali mangsa
- Mangsa tidak boleh dipersalahkan
· Langkah pencegahan yang boleh diambil
- Menghargai diri dan orang lain
- Belajar menangani tekanan, misalnya daripada rakan sebaya, melabel, dan
stereotaip
- Belajar kemahiran membuat keputusan dan bersikap asertif
· Definisi stereotaip dan melabel
- Stereotaip ialah satu ketetapan atau pendapat mengenai perawakan yang
seharusnya ada pada seseorang
- Melabel – manusia kerap membuat tanggapan atau label negatif
- Mengenal pasti cara menangani sikap melabel dan stereotaip
Draf_KONSEP 2
21
· Mengetahui di mana dan bagaimana mendapat bantuan
- Mengetahui sistem sokongan, seperti badan-badan bukan kerajaan (NGOs)
dan pusat krisis di hospital umum.

dan pusat krisis di hospital umum
· Memahami dinamik penderaan seksual ke atas kanak-kanak
- Kanak-kanak tidak boleh dipersalahkan
- Bertenang dan mempercayai kanak-kanak
- Bertindak terhadap pendedahan yang dibuat oleh kanak-kanak
- Ciri-ciri perwatakan pesalah seksual
- Kesan penderaan seksual terhadap kanak-kanak
- Tanggungjawab kita dalam mencegah penderaan seksual
- Hak untuk mendapatkan khidmat sokongan
4. Peranan Gender
Peranan gender adalah perwatakan dan tingkah laku yang diterima oleh sesebuah
masyarakat bagi golongan lelaki dan perempuan. Kebanyakan norma budaya
masyarakat berkaitan peranan gender menghadkan pilihan seseorang individu.
Peredaran masa memperlihatkan perubahan terhadap peranan gender.
Tahap I (4 – 6 tahun)
· Memahami peranan gender :
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai banyak persamaan dan sedikit
perbezaan
- Kanak- kanak lelaki dan perempuan, lelaki dan wanita berkeupayaan dalam
melakukan pekerjaan/tugas yang sama
Draf_KONSEP 2
22
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh melakukan kerja-kerja harian yang
sama di rumah
- Kedua-dua ibu bapa mempunyai peranan yang penting sebagai penjaga
Tahap II (7 – 9 tahun)
· Memahami peranan gender :
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai banyak persamaan dan sedikit
perbezaan
- Mula membezakan kelainan antara gender
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan, lelaki dan wanita berkeupayaan dalam
melakukan pekerjaan/tugas yang sama
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh melakukan kerja-kerja harian yang
sama di rumah
- Kedua-dua ibu bapa mempunyai peranan yang penting sebagai penjaga
· Kebiasaannya kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai tingkah laku
tertentu
- Tingkah laku kanak-kanak dipengaruhi oleh keluarga, rakan, media dan
masyarakat
· Setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai bakat, perwatakan,
kelebihan dan harapan untuk masa depan
Tahap III (10 – 12 tahun)
· Masyarakat selalunya stereotaip kanak-kanak lelaki dan perempuan
- Kadang-kadang perbezaan jantina menyebabkan kanak-kanak dan orang
dewasa menerima layanan negatif atau tidak seimbang
- Sesetengah keluarga mempunyai harapan yang berbeza bagi peranan anak
lelaki dan perempuan semasa berada di rumah
· Kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh berkawan dan mesti menghormati satu
sama lain
· Undang-undang dan peraturan yang tidak mendiskriminasikan seseorang
individu berdasarkan perbezaan jantina
Tahap IV (13 – 18 tahun)

individu berdasarkan perbezaan jantina serta hak wanita dalam masyarakat
· Penerimaan peranan gender yang distereotaip boleh menghadkan potensi dan
keupayaan seseorang
- Sikap terhadap tingkah laku bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza antara
individu, keluarga dan budaya
· Golongan wanita dan lelaki harus diberi peluang yang sama
- Undang-undang dan peraturan yang tidak mendiskriminasikan seseorang
individu berdasarkan perbezaan jantina
Draf_KONSEP 2
23
Tahap V (19 tahun ke atas)
· Individu boleh membuat pilihan sendiri berkaitan peranan gender
· Kebanyakan tugas dan karier orang dewasa adalah terbuka kepada lelaki dan
wanita
· Stereotaip peranan gender menimbulkan masalah seperti :
- Aspirasi rendah, pekerjaan bergaji rendah, gangguan seksual, mencabul
kehormatan semasa janji temu dan akibat daripada tekanan
- Sesetengah individu masih tidak mendapat layanan saksama disebabkan
gender walaupun terdapat undang- undang melarang hal sedemikian
· Ketidakseimbangan kuasa adalah berbahaya kepada lelaki dan wanita
· Seseorang tidak sepatutnya bersikap berat sebelah dan prejudis terhadap isu
berkaitan dengan peranan gender
· Kanak-kanak perlu didedahkan kepada isu peranan gender seawal yang
mungkin.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails