BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 1, 2010

Sejarah perkamusan Melayu
Kamus sulung bahasa Melayu ialah Kamus Melayu-China dalam tulisan Cina yang disusun pada tahun 1403.[1] Kamus itu hanya mengandungi lebih kurang 500 perkataan yang berkaitan dengan perdagangan. Kamus Melayu susunan orang Eropah yang pertama kemudian disusun pada 1522 oleh Antonio Figagetta [1] yang menemani Ferdinand Magellan mengeliling dunia. Dipercayai Figagetta mengumpul perkataan Melayu untuk berniaga rempah-ratus diMaluku, Sulawesi.[1] Kamusnya mengandungi 426 perkataan yang ditulis dalam bahasa Melayu-Itali.
Selama tiga abad yang berikut, orang Melayu hampir tidak mempedulikan ilmu perkamusan sama sekali. Mereka hanya menolong orang Eropahmengumpulkan bahan-bahan kamus mereka. Masa itu, pujangga-pujangga sastera Melayu tidak pernah dibantu oleh apa-apa jua kamus, melainkan orang tua sahaja untuk mengambil peranan kamus. Ilmu perkamusan Melayu ialah satu daripada kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam persuratan Melayu.[1] Orang Eropah terpaksa belajar bahasa Melayu bagi memudahkan hubungan langsung dengan penduduk. Dengan percampuran tersebut,perbendaharaan bahasa Melayu bertambah dengan kata-kata asing dan kian kaya, didorong oleh keperluan perdagangan.[1]
Didorong oleh pertentangan terhadap pengasasan Malayan Union pada 1946, orang Melayu mula memperjuangkan bahasa, sastera, dan negara. Bagaimanapun, perkamusan Melayu masih belum diperjuangkan oleh sesiapa pun sehingga kemunculan Zainal Abidin Safarwan yang bermula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak 1958 lalu menghasilkan kamusnya yang pertama, An Advanced Malay-English Dictionary, yang diterbitkan oleh Merican & Sons, Singapura pada 1964. Kamusnya yang kedua, Kamus Sinonim dengan Ungkapan Lengkap diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1984.


Dewan Bahasa dan Pustaka
Pada 1977, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta oleh Australian National University, Canberra, Australia, untuk mengambil alih dan menyiapkan kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang sedang disusunnya ketika itu apabila kerajaan Australia menarik balik pembiayaannya sebagai sebahagian langkah penjimatan negara. Projek itu diserahkan kepada DBP pada 1 November 1978. Bagaimanapun, projek ini menghadapi banyak masalah yang serupa dengan masalah yang dihadapi di Australian National University dahulu. Bukan sahaja mendapatkan kakitangan yang layak itu sukar, apa lagi penutur asli bahasa Inggeris, malah untuk mengekalkan mereka setelah mereka dilatih juga sukar. Hakikat bahawa bidang leksikografi merupakan sains dan seni yang agak baharu di Malaysia hanya memburukkan keadaan.[2] Untuk sekian waktu yang lama, penyusunan kamus ini umpama "berenang menentang arus".[2]Hanya sejak sekitar 1989 bahawa projek ini mulai melihat sinar

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails