Coretanku
Beberapa minggu berlalu namun kesibukan ku masih terasa..terasa letih yang amat sangat..nak buat pembentangan, hantar tugasan, hantar latihan dan sebagainya sebagai tugasan sebagai seorang mahasiswi..banyak yang tidak dapat ku buat dalam tempoh itu..baru hari ini ku dapat meluangkan masa untuk mencatit apa yang ku anggap perlu di dalam blog ini..alahai..kiranya inilah masa kritikal yang sangat aku tidak suka..tapi nak buat macam mana kan?ikut jelah lagipun memang dah tanggungjawab..
Sahabat atau kawan
Apakah beza diantara sahabat dan kawan. Mungkin kita tidak pasti apa sebenarnya beza antara sahabat dan kawan namun pada masa ini luangkan sedikit masa untuk kita fikir tentang pekara ini..sekiranya anda seorang yang sangat berhati-hati memilih sahabat anda akan mengerti apa beza antara sahabat dan kawan. Pada pendapat saya, sahabat merupakan orang yang sangat rapat dan memahami kita malah menjadi kawan kita hingga ke akhir hayat,mungkin anda juga berpendapat demikian. Manakala kawan pula orang yang kita kenal dan menjadi kawan kita namun tak semestinya dia memahami kita dan tak semestinya dia membantu kita sewaktu kita memerlukannya. Namun bagi sahabat dia akan ada setiap masa bersama sahabatnya, membantunya ketika sahabatnya memerlukannya meskipun pada ketika itu banyak lagi pekara yang menyeronokan dia namun dia sanggup tinggalkannya demi sahabatnya. Bagi saya itulah beza sahabat dan kawan. Mungkin anda banyak kawan namun anda perlukan seorang atau beberapa orang sahabat sahaja disisi anda.
Hämta Mon cousin Vinny Blu ray
5 years ago
0 ulasan:
Post a Comment