Happy valentine day..Tunjuklah kasih sayang kepada insan yang anda sayang hargai insan yang anda sayang dan luahkanlah perasaan cinta, kasih, sayang dan sebagainya sempena hari kekasih ini..bukan hanya untuk pasangan kekasih tetapi juga untuk suami isteri, sahabat, keluarga dan sebagainya bagi tanda syukur ada yang menyayangi dan disayangi..warnai hari kekasih dengan ikatan yang lebih erat dan untuk selamanya..
Saturday, February 13, 2010
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Saturday, February 13, 2010 0 ulasan
Friday, February 12, 2010
Baran merosak hubungan
Kemarahan adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.
Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.
Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.
Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.
Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.
Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.
Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.
Berdiam diri
Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.
Menjauhkan diri buat seketika
Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.
Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.
Berikan masa untuk reda
Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.
Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.
Memilih corak percakapan
Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.
Terapi minda dan fizikal
Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.
Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.
Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Friday, February 12, 2010 0 ulasan
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Friday, February 12, 2010 0 ulasan
Saturday, February 6, 2010
Psikologi putus cinta
Apakah cara anda berdepan dengan hubungan goyah yang sedang menanti belah? Adakah anda memutuskan hubungan, bersuara untuk membetulkan keadaan, terus setia atau mengabaikannya begitu sahaja?
LEWAT kebelakangan ini kisah putus cinta selebriti tempatan dan antarabangsa semakin banyak disiarkan dan diperkatakan media. Dengan ikrar janji, pampasan wang ringgit dan naik turun mahkamah kisah cinta selebriti menjadi sensasi sehingga adakala kelihatan begitu dramatik.
Pada kaca mata umum kisah permasalahan cinta kelihatan remeh, kebudak-budakan serta tidak matang malah, dipandang serong kerana ada perkara yang lebih penting daripada kisah basa basi cinta dan putus cinta.
Tetapi kepada mereka yang sedang atau pernah melalui episod putus cinta mengakui kesakitan psikologikal yang terpaksa ditanggung begitu berat. Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan.
Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan.
Baik di kalangan selebriti mahu pun individu biasa yang pernah melalui detik kesukaran putus cinta, ia bukan sesuatu yang mudah dikendalikan. Emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status, kurang mahu berkongsi serta ketiadaan individu terdekat yang boleh menyatukan semula keintiman antara pasangan yang sedang bersengketa. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.
Pakar psikologi, Rusbult mengenalpasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologikal kesan putus cinta. Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin.
Pada pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama, maka tiada lagi pertemuan-pertemuan istimewa yang biasa dilakukan bersama. Status kekasih atau kawan istimewa bertukar kepada kawan biasa.
Keluar daripada perhubungan adalah tindakan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakan di luar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara di mana pasangan di ambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi, menghadiri sesi kaunseling atau terapi dalam usaha mengubah pasangan. Bersuara tidak bermaksud meluahkan secara lisan apa yang berlaku tetapi bersuara melibatkan reaksi-reaksi aktif positif yang membina.
Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan walaupun menyedari wujudnya masalah dalam perhubungan intim. Mereka yang tidak setia sebenarnya tidak cuba menyelesaikan masalah yang melanda perhubungan tetapi lebih kepada percubaan untuk terus bertahan mengharungi pergolakan perhubungan percintaan mahupun perkahwinan.
Mereka yang menganggap diri setia mempercayai keadaan akan berubah dengan berlalunya masa. Mereka menekankan kepentingan dengan meyakinkan diri untuk terus kekal bersama. Kesetiaan dari sudut psikologi adalah sesuatu yang pasif tetapi bersifat konstruktif.
Keempat, pengabaian di mana keengganan untuk bersama mengendali, mengurus permasalahan yang sedang memporak-perandakan perhubungan percintaan. Lantas, seseorang itu lebih rela membiarkan perhubungan dibubarkan saja.
Tindakan mengabai, ditunjukkan dalam bentuk tindakan seperti tidak mempedulikan pasangan, mengurangkan masa bersama, tidak mahu membincangkan masalah sebenar, melayan pasangan dengan cara yang tidak sesuai, tidak wajar atas desakan emosional, mengkritik pasangan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah sebenar.
Pada yang tidak arif dalam mengendalikan putus cinta ia bagaikan luka bengkak yang menjadi nanah, secara kronik merungut, tidak puas hati tidak mahu berusaha, berikhtiar mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan sebenar dalam perhubungan percintaan. Pengabaian yang bersifat pasif dan distruktif ini memburukkan lagi keadaan.
Perlu diingati keempat-empat reaksi-reaksi emosional serta tindakan psikologikal akibat putus cinta sebagaimana yang dijelaskan di atas berlaku dalam keadaan yang berbeza antara individu. Perbezaan ini dipengaruhi oleh personaliti, latar belakang, jangka masa perhubungan percintaan, tahap pendidikan dan corak rangkaian pergaulan yang membentuk mentaliti menghadapi.
Mereka yang bertindak untuk keluar daripada perhubungan cinta mempercayai tiada apa yang perlu ditakuti dengan bertindak sedemikian dan percaya perhubungan tidak perlu diselamatkan.
Bersuara juga adalah tindak balas yang bersesuaian apabila perhubungan yang dijalin dihargai tetapi berada dalam status bahaya.
Kesetiaan dilakukan dalam usaha untuk mengekalkan status quo. Mereka yang berpuas hati dan banyak melabur dalam perhubungan percintaan sebelum berbalah mempercayai masalah perhubungan yang dialami secara relatifnya kecil lantas berkemungkinan untuk terus setia.
Pengabaian adalah tindakan distruktif yang menghancurkan perhubungan yang kerap dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bagaimana lagi untuk memperbaiki perhubungan yang goyah.
Kajian Choo, Levine & Hatfield (1996) mendapati perempuan lebih banyak menyalahkan lelaki bila putus cinta sementara lelaki menyibukkan diri dengan kerjaya atau melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Sememangnya putus cinta dalam perhubungan interpersonal adalah suatu pengalaman menyakitkan. Keperitan psikologikal putus cinta adakalanya tidak tertanggung. Namun perlu disedari dalam kemelut permasalahan putus cinta ada kemanisannya tetapi kebijaksanaan mengatasi segalanya.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Saturday, February 06, 2010 0 ulasan
Monday, February 1, 2010
From Friends To Lovers
by Joe Vieira
Sometimes I feel sad and sometimes I feel blue
but whenever I see you, I'm as happy as can be
for you bring a smile upon my face
and a feeling of joy within my heart
you're like my sunshine in the morning
and my stars that glow at night
you're like the waves in the ocean
the cool breeze in the wind
like the call of the birds in the morning dew
like the sounds of beauty in the night
you see all of these things are of beauty and love
that's how I feel whenever you are near
for it was the passion and desire from both of us
that opened up the world for our eyes to see
for our love of each other will grow and grow
and our needs and desires will be more everyday
for a friend you once were and will always be
has turned into love as it should have been
so I want you to know as a friend and lover
that in my heart and arms you'll always stay
for our love for each other will never fade.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Monday, February 01, 2010 0 ulasan
Sibu ialah salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputra lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut banci 2002, jumlah penduduk di bahagian Sibu adalah seramai 228,700 orang.
Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.
Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.
Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.
Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.
Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Monday, February 01, 2010 0 ulasan
cinta bertepuk sebelah tangan Apr 19, '09 7:41 AM
by three for everyone
Ku iri melihat bintang dan rembulan
Ku iri bukan karena cahyanya
Dan bukan karena keelokannya
Ku iri karena ada sesuatu
Sesuatu yang tak ada dalam hidupku
Karena yang Ku iri kan hanyalah
Kenapa mereka berdua
Dapat bercahya bersama setiap malam?
Sedangkan hidupku tak dapat bersama
Bersama dengan dirinya,
Kuselalu menderita saat dia tersenyum
Tersenyum bukan karna deritaku
Melainkan tersenyum dengan yang lain
Kenapa aku tak bisa hidup bersamanya?
Apa ini salahku atau salahnya?
Aku tak mengerti apa yang ia mau
Sampai aku korbankan hidupku
Tuk membahagiakan dirinya
Namun Hati ini piluh sangat
Ketika sang jiwaku bahagia
Bahagia bukan karnaku
Melainkan bahagia karna yang lain
Pengorbanan cintaku ini seakan
Tak dianggapnya ada dihadapannya
Kenapa aku bisa menjalani hidup ini?
Apakah aku harus merelakannya?
Aku takut kehilangan dirinya
Tuk berpaling dengan yang lain
Dan menderita sangat dalam hati
http://apresiasipuisi.multiply.com/journal/item/3000/cinta_bertepuk_sebelah_tangan
Bila anda jatuh cinta pada orang yang tidak mencintai anda...adakah anda berasa sakit hati atau tetap bertahan untuk mempertahankannya seorang diri?bila anda jatuh cinta pada orang yang dekat dengan anda adakah anda berani untuk meluahkannya sedangkan dia sudah ada kekasih hati? persoalan demi persoalan akan menerjah di minda anda..cinta bukan sesuatu yang kejam ia adalah suci namun sekiranya anda tidak mampu menahan gelodak hati anda akan kecundang..namun percayalah bahawa meskipun perit untuk anda hadapi cinta seperti ini tetapi suatu hari nanti pasti akan datang cinta yang lebih bermakna dalam hidup anda..setiap insan perlukan cinta dalam hidup mereka..
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Monday, February 01, 2010 0 ulasan