SIFAT PENULISAN KOLONIAL
Beri gambaran negatif tentang sesuatu politik dan budaya masyarakat peribumi
Ditonjolkan sesuai dengan keinginan untuk menjustifikasi penjajahan British di Tanah Melayu.
Contohnya: Menurut Sir Thomas Stamford Raffles, leftenan Inggeris, gabenor Jawa dan Bengkahulu, orang Melayu mengalami penurunan martabat ketika orang Inggeris menemui mereka. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu secara umum telah membuat kemajuan nyata dari segi peradaban. Pengaruh gabungan Islam dan Arab, Belanda dan cina mengakibatkan kemerosotan mereka.( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 6 )
Memandang rendah terhadap orang Melayu
Menggangap masyarakat peribumi mempunyai banyak kelemahan dan keburukkan jika di bandingkan dengan orang Barat.
Contoh : Hugh Clifford membuat perbandingan masyarakat Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Orang Melayu Pahang menurutnya, berfikiran maju tentang ketenteraan, permainan cinta gelap, olahraga yang dilarang oleh agamanya, dungu, tidak beragama, tiada intelek dan angkuh, sifat kebajikan mereka adalah sifat kejantanan dan kenekadan mereka serta sanggup beri kesetiaan yang luar biasa kepada para pemimpin mereka. ( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 16 )
Orang Melayu Terengganu pula manusia yang damai, kepentingan adalah perdagangan dan pekerjaan,tidak memiliki kebanggaan bangsa dan Negara yang juga menandai kalangan masyarakat Melayu Pahang, tidak memiliki “nafsu setia” kepada para penguasa mereka yang melewati batas, rajin dan mengungguli orang Melayu yang lain. ( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 17 )
Orang Kelantan pula, tidak mempunyai harga diri, mudah tersinggung, perasa jika menentang, melakukan dengan cara yang bodoh, unggul dalam kebolehan mencuri, memperoleh sanjungan pencuri antara pencuri. ( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 17 )
Menggalakkan kepada dasar campur tangan secara langsung, memenangi hati masyarakat tempatan.
Mengatakan bahawa orang Eropah datang ke Tanah Melayu adalah bertujuan baik dan ingin membantu masyarakat Melayu agar ada kemajuan dan memperoleh tingkat peradaban yang lebih baik.
Contoh : Menurut Clifford, tujuan Eropah ke Tanah Melayu kerana bersimpati dengan masyarakat Melayu, dan ingin membantu masyarakat Melayu ke arah kemajuan dan perkembangan.( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 17 )
Menulis dari kaca mata orang Barat
Citra yang negatif tentang penduduk yang ditundukkan oleh kekuasaan kolonial Barat, yang menguasai ideologi kolonial digambarkan berdasarkan pengamatan sepintas lalu, kadang-kadang dengan ramalan buatan yang kuat atau salah pengertian dan metodologi yang keliru.
Menampakkan kelemahan mereka daripada lima sumber utama ;
Kekeliruan penyamarataan
Pentafsiran peristiwa di luar konteks yang sesungguhnya,
Tiada ketegasan
Prasangka yang dikuatkan oleh rasa fanatik, bongkak dan angkuh
Dominasi yang tidak sedar daripada kelompok tertentu dalam fikiran kapitalis colonial Barat.
( Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas, m/s 97 )
Mewujudkan kekeliruan dalam sejarah peribumi
Kesimpulan mereka tentang watak peribumi tidak memenuhi syarat sebagai hipotesis ilmiah. Tulisan mereka telah mencipta citra tentang masyarakat Melayu atau untuk menggunakan istilah tekniknya”Stereotaip”.
Mampu mempengaruhi sejumlah besar pendudukk peribumi tentang watak masyarakat Melayu dari kaca mata colonial.
Hämta Mon cousin Vinny Blu ray
5 years ago
0 ulasan:
Post a Comment