BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 6, 2009

Kadang kala hari yang dilalui sangat membosankan dan memenatkan..apatah lagi seandainya kehadiran kita tidak disenangi dan dibenci..namun itulah lumrah dunia..ada sahaja yang tak kena..adakalanya kekuatan menguatkan hati dan keimanan membimbing diri agar terus melangkah biarpun langkah yang diatur terumbang ambing dihambat arus kehidupan..adakalanya manusia lebih suka mencela dan menghina daripada menerima,hanya Tuhan yang mengerti apa yang terbuku dihati..langkah harus juga diteruskan meskipun banyak dugaan dan halangan yang harus direntangi..redhalah dengan apa yang berlaku,bersabarlah selagi terdaya,biar masa dan keadaan yang menentukkan hala hidup ini..walaupun hari-hari yang dilalui amat menyakitkan dah menghimpit perasaan,mengguris secebis hati namun jangan terlalu diikutkan,kuatkan semangat,kuatkan hati agar kaki terus melangkah menuju ke destinasi yang diimpikan..hidup ini seperti juga cuaca,adakalanya panas,adakalanya hujan,adakalanya gerimis dan adakalanya ribut taufan..besabarlah dengan apa yang dihadapi..meskipun hati penuh derita dan sebgsara namun bukan masanya untuk kita menyerah kalah..selagi kudrat dan umur masih menampung hidup kita,selagi itulah kita terus melangkah setapak demi setapak biarpun dengan langkah longlai dalam meniti hari-hari..kuatkanlah semangat teruskan perjuangan sehingga mengapai bintang agar hidup sentiasa bergemalapan..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails