BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 28, 2010

13 cara jadi pasangan romantik


13 cara jadi pasangan romantik
Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.
1.Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2.Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.
3.Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.
4.Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.
5.Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.
6.Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7.Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8.Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.
9.Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.
10.Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap  hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11.“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.
12.Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.
13.Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya



Pautan : http://www.majalahpama.com.my

Tuesday, October 26, 2010

KISAH PENGAJARAN...TATAPAN BERSAMA



Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.
Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.
Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.
Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.
Agungnya cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.
Namun saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.
Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.
Saya cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.
Orang kampung juga suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa
seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.

Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.
Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.
Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.
Sekali lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.
Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.
Saya jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan kekasih.
Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan. Kini baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.
Ketika ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Bantulah saya. Keluarga juga tidak habis-habis mahukan saya memilih lelaki jahat itu sebagai suami. Kini saya benar-benar menyesal.
Pautan : http://www.mingguanwanita.com.my

Monday, October 25, 2010

BAWANG MERAH



Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifiknya adalah Allium cepa var.aggregatum. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga. Umbi bawang merah terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya, membesar dan akhirnya membentuk umbi berlapis. Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek.
Khasiat
Bawang merah mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan Asid Folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan tinggi di dalam protein.
Penanaman
Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah adalah unsur Nitrogen dan KaliumNitrogen merupakan unsur penting sangat diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Sedangkan Kalium berfungsi dalam pembentukangula dan asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, menuteralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua unsur tersebut dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang membawa pulangan hasil yang kurang.
Pokoknya dicabut dari tanah dan daunnya dibiar kering. Daunnya boleh digunakan untuk tambahan kepada masakan sup, sayur-sayuran, salad atau sebagai penghias lauk-lauk lain.

Kegunaan Masakan

Bawang merah sebagai salah satu sayuran yang merupakan bahan penting untuk masakan baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri permakanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama pada saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi. Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.

Kegunaan Perubatan

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang kasiat bawang merah kepada kesihatan. Dari beberapa penyelidikan dan analisa yang telah dijalankan itu, ia mendapati bawang merah mengandungi 2 compound, iaitu sulphur compound seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa. Bawang merah boleh menolong hati membuang toxins dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menhindar dan membunuh sel kanser.
Bawang merah untuk didapati boleh menhindar kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis melalui menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu tumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.
Pening kepala: potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
Khasiat bawang  merah

Lemah otot:ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

Demam selesema:telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Susah Hadam:rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

Serangan Angin:campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Serangan Cacing:amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.


                http://www.ehoza.com



Menu Hari Ini

                                    Udang Dua Rasa
Bahan-bahan:
10 ekor udang galah - dibersih tanpa buang kulit dan kepalanya
125 ml minyak masak
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan*
2 sudu besar air*
1 biji telur - dipukul sedikit
Bahan-bahan Hiasan:
2 tangkai daun bawang - dipotong 2 cm
1 tangkai daun ketumbar - dipotong 2 cm
1 tangkai cili merah - dipotong menyerong
1 tangkai cili hijau - dipotong menyerong
Bahan-bahan Menumis:
2 sudu besar bawang putih tumbuk
2 sudu besar bawang merah tumbuk
1 sudu besar halia muda tumbuk
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan-bahan Kuah:
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos Lea and Perrins
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 ketul kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Gaulkan udang dengan garam kemudian panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga naik baunya kemudian masukkan udang.
3. Masukkan pula bahan-bahan kuah. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah pekat.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur kemudian kacau sehingga rata. Masukkan daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan cili hijau. Kacau dan angkat kemudian hiaskan mengikut cita rasa tersendiri sebelum menghidang.
                                PUDING  KELAPA
BAHAN-BAHAN: 

2 liter air 

1 pek coconut puding Mix (500 gm)  


CARA MENYEDIAKAN: 

1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix. 

2. Kacau perlahan-lahan dan rata. 

3. Kemudian sejukkan dan hidangkan.

warna hidup....






Sunday, October 24, 2010

Menu Hari Ini

Nasi Goreng Dabai

BAHAN-BAHAN:
1 pinggan nasi putih
Buah dabai (rendam dengan garam)
1 biji telur
Sedikit minyak masak
2 sudu besar sos tiram
Sedikit bawang goreng
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1) Tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram dan telur. Kacau rata.
2) Masukkan nasi putih dan buah dabai.
3) Masukkan garam dan bawang goreng.
4) Kacau dan hidangkan.
                                            
                                   Tauhu  Goreng  Taucu










BAHAN-BAHAN:
4 biji tauhu
1 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
5 tangkai cili api (kisar)
5 tangkai cili merah (kisar)
3 sudu besar taucu
1 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng tauhu dan potong empat. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
3. Masukkan tauhu dan selepas itu bubuh garam dan gula secukup rasa.




Related Posts with Thumbnails