BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009






RANTAU LIMAU JULAU
Rumah rantau limau rumah ke paling ulu ba menua julau…tajapia ukai reti rumah kami nadai pemansang nadai penyenang tajapan paling ulu..mayah bala raban kami ari nyin udah bisi mangku pengawa ke menyana, pengidup ke meruan enggau enda tinggal pemansang..mayuh orang besema ti diau ba menua ulu sakai tinggal pemansang tang bagi aku..naka penguntung diau menua ulu laban pengaya alam empu kami magang enggau nadai mayuh pencemaran ba menua kami laban semina kami ke nguan menua dia..ai ti agi ciru@jernih,agi mayuh kayu ke berguna,besai-besai agi ulih kena betukang..nya meh ngasuh mayuh bala kaban enggau bala bansa bukai datai nemuai agi rumah kami kelebih agi enti maya nyambut gawai dayak..tiap kali cuti panjai jarang rumah kami sunyi laban ke panjai meh agi ga mayuh bala anembiak..ricah rami meh rumah panjai kami..ni enda 54 pintu..ku pan enti cuti sigi pulai kerumah panjai..naka penggelenggau ati ka mandi ba ai sungai, nyala, mukat, nginti enggau apai..enda sabar ati ka betemu enggau apai indai, bala menyadi, kaban belayan..menghitung hari meh tu nganti ari ke berlalu laban enda sabar ka pulai ngagai menua agi ga maya nya ila musim buah..hai..sabar meh ati…hehe..udah stress ngaga exam tentu ka menenangkan fikiran, merehatkan diri meh..ni enda betungkus lumus nya ngaga exam ngica ke bulih pemutus peresa ke manah meh..bagiku ba rumah panjai meh paling sesuai ukai ja ulih semak enggau apai indai tang mega keadaan ke sunyi, ninga munyi burung nya ngasuh ati teperindang, tenang..lebih agi ti lepak ba semak ai sungai ninga deru ai naka meh pengelantang at..nya meh tiap kali nyau semak cuti nyau asai enda sabar amat ati ka pulai..apai indai pan tentu meh nyau enda sabar nganti..siap ngaga persiapan agi kena nyambut penatai..bakanya meh gaya kami sebilik,kelebih agi mak aku sigi semampai enda betah bala anak,bala ucu ya meh..tiap kali pulai cuti naka pengaga seduai apa nyambut penatai kami madi..kadang-kadang sinu ga dalam ati ngenang seduai ya..walaupun umur nyau makin tuai tapi agi mayuh tanggungjawab terpaksa kerja keras mansal diri gawa ngelaban ujan panas kena nyekula ke anak ngica ka pandai, meruan baka orang bukai..lebuh ngenang seduai enda berasai ai mata nerutu ninggang kuyu laban ke ku tu sigi orang ke siru..kasih betati ke seduai ya ke seruran tinggal Kediri di rumah jauh bala anak,bala ucu..dah ga selalu sakit..hai..nya meh semampai dikenang disimpan aku dalam ati..bala pembaca pan tentu nyau bosan ninga sebana aku tu..tajapia nya meh semampai dalam ati enggau seruran nyadi ke peransang aku lebuh ke mai diri ba menua orang ditu..

Wednesday, October 21, 2009

Kelam-kabut sindrom penyakit
Dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.
SEIMBAS pandang, pelajar lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan nama ringkasnya, Alim langsung tidak berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain sehinggalah guru sekolahnya kerap menegur tingkah lakunya yang suka melanggar meja dan kerusi secara sembrono.
Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.
Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.
Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.
Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.
Gagal ikat tali kasut
“Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”
“Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.
Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan
Daripada perkembangan ini, pakar akan melihat sebarang abnormaliti yang wujud terutamanya dari aspek mengimbangkan diri, sensitiviti terhadap sentuhan dan pergerakan fizikal yang berterusan.
“Paling mudah untuk mengesannya ialah kanak-kanak tersebut sukar mengimbangi diri ketika berbasikal, mengikat tali kasut serta sering melanggar objek sewaktu berjalan,” ujarnya.
Pelakon remaja yang terkenal menerusi siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe sebagai contoh, merupakan salah seorang pengidap dysprexia. Meskipun, tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip filem-filem lakonannya, Radcliffe akan menghadapi masalah apabila mahu mengikat tali kasutnya.
“Disebabkan gagal melakukan perkara semudah mengikat tali kasut, saya melalui fasa kehidupan yang sukar ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya kepada akhbar Britain, Daily Mail
Kesukaran kawal pernafasan
Dalam pada itu, selain melibatkan pergerakan, Dysprexia Oral pula merupakan gangguan melibatkan ketidakjajaran perkembangan linguastik atau fonologi ketika bercakap.
“Masalah ini akan menyebabkan pesakit sukar mengawal organ pertuturan, membuat bunyi-bunyian, serta menyatakan perkataan secara berturut-turut termasuk membina ayat daripada perkataan,” jelas Nor Hamidah

Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran mengawal pernafasan dan lambat dari segi perkembangan bahasa.
Bagi pengawalan koordinasi motor halus, ia mengakibatkan pesakit termasuk individu pada peringkat dewasa mengalami masalah untuk menulis dengan tangan.
Lebih malang, ketidakseimbangan koordinasi ini turut membuatkan pesakit sukar menjalani rutin harian seperti membutangkan baju, menggunakan sudu dan garpu serta membuka penutup botol.
“Koordinasi yang tidak simbang melibatkan saraf motor ini akan berterusan dan menyebabkan pesakit sering terlanggar objek, tidak kira kecil atau besar,” ujarnya.
Tambah beliau, kes terjatuh tanpa sebab, tidak dapat mengagak kedudukan objek serta gagal melakukan dua tugasan serentak juga merupakan sebahagian daripada masalah dysprexia.
“Ada kes yang lebih teruk, mereka sukar mengesan arah kanan atau kiri apabila mata ditutup serta terlupa pada pergerakan seterusnya ketika melakukan sesuatu seperti ketika sedang berjalan,” kata Nor Hamidah.
Tiada rawatan khusus
Menyentuh mengenai rawatan, Nor Hamidah menjelaskan bahawa tiada rawatan khusus bagi penyakit namun rawatan terapi dapat memperbaiki koordinasi pergerakan pesakit ini.
Nor Hamidah memberitahu, sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kanak-kanak tersebut akan membesar dengan keadaan kurang keyakinan diri, pemalu, kurang matang dan sensitif.
“Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut perlu dibiarkan bermain dengan pasir, tanah liat termasuk memanjat serta berlari di taman permainan bagi melatih koordinasi dan sensitiviti pergerakan motor tubuh,” jelasnya.

Sunday, October 11, 2009



11 0ktober 2009
Alangkah indah dan meriahnya sambutan 1siswa 1 Malaysia di Universiti Sains Malaysia. Semua university-universiti dan sekolah-sekolah yang berdekatan hadir menhadiri program tersebut,semua bangsa terlibat dan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan dapat disertai. Saya sebagai salah seorang pasukan sorak Desasiswa Restu tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut. Pada awal pagi semua peserta dan pasukan sorak berbaris mengikut barisan yang telah ditetapkan. Setelah itu peserta dan orang yang hadir menyaksikan program itu dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada pelbagai sekolah dan university yang terlibat. Di samping itu juga sebelum aktiviti walk robik semua peserta dan ahli kelab sorak mengikut aktiviti senam robik..meriah dan lucunya saat itu tak terkata..hehe..selepas aktiviti senam robik acara keluar barisan dijalankan dan seterusnya aktiviti walk robik. Semasa aktiviti walk robik suara pasukan restulah yang paling jelas dan tak putus-putus menyanyi membangkitkan semangat peserta dari desasiswa restu. Walaupun terpaksa meredah panas terik namun semangat yang membara dalam jiwa tidak kurang juga malah kian membara seperti mentari yang menyinari bumi ini..nak kata tak letih..letih juga tapi kegembiraan dan semangat yang membara dalam diri menyebabkan kepenatan dan keletihan kurang terasa..selesai sahaja aktiviti walk robik semua peserta dan pasukan sorak desasiswa naik ke atas stage untuk menyaksikan upacara penutupan program 1 siswa 1 Malaysia. Sebelum upacara penutupan dilakukan semua pasukan sorak diberi masa untuk melakukan sorak bagi mewakili desasiswa masing-masing. Selepas selesai bersorak, acara penutupan program dilakukan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Yang asyiknya apabila pasukan Sorak Restu menang kerana mempunyai motto terbaik..tidak sia-sia menjerit di tengah terik mentari..buat kawan-kawan seperjuangan congratulation!sorak restu the best!

Wednesday, October 7, 2009






Jerung
Gigi tajam, bukaan mulut yang luas dan sikap ganas membuatkan sesiapa sahaja takut untuk berdepan dengan spesies jerung. Kelibat sirip tajam yang dapat dilihat di permukaan air sudah cukup membuatkan anda ingin pantas naik ke darat.
Sebut sahaja jerung, sudah tentu anda akan berasa takut untuk mendekatinya. Mungkin anda lebih berminat untuk melihat kelibatnya dari jauh sahaja.
Tetapi tahukah anda bahawa spesies hidupan marin itu tidak akan menyerang manusia sesuka hati, melainkan anda cuba mengganggunya.
Bukan senang untuk mendapat peluang melihat spesies jerung di depan mata. Namun begitu, peluang tetap ada sekiranya anda mengunjungi lokasi seperti zoo di luar negara atau di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.
Anda juga boleh menyaksikan kehidupan spesies jerung menerusi televisyen. Bagaimanapun, penyiaran dokumentari berhubung kehidupan jerung tidaklah sekerap mana, sedangkan ia perlu disiarkan untuk memberi pengetahuan kepada penonton.
"Banyak yang kita tidak tahu tentang jerung. Apabila sebut sahaja jerung, ramai antara kita berfikir bahawa haiwan ini begitu bahaya.
"Bagaimanapun, sekiranya kita meneliti dan mempelajari tentang kehidupan jerung, ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
"Ini kerana jerung mempunyai pelbagai ragam bergantung kepada spesiesnya," jelas Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Aquaria KLCC, Stephen Ronee Lau ketika ditemui Kosmo! di Aquaria KLCC Kuala Lumpur baru-baru ini.
37 ekor jerung
Program minggu jerung yang diadakan bersama Aquaria KLCC itu bermula dari 5 sehingga 11 Oktober ini. Program itu, pasti dapat menarik minat orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat hidupan marin itu di dasar akuarium Aquaria KLCC.
Di akuarium itu, terdapat himpunan 37 ekor jerung yang terdiri daripada beberapa spesies termasuklah Sand Tiger Shark, Tawny Nurse Shark, Black Tip Reef Shark, White Tip Reef Shark dan Bamboo Shark.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang utama Aquaria, anda dapat melihat malah menyentuh Bamboo Shark yang diletakkan di dalam bekas sederhana besar. Bagaimanapun, untuk menikmati 'gaya hidup' jerung yang lebih menarik, laluan luas disediakan untuk memberi kebebasan kepada jerung berenang.
Lebih bermakna lagi, apabila sesi lawatan ke sana dibuat pada waktu jerung diberi makan oleh para pelatih profesional. Jadual makan bagi haiwan tersebut adalah pada setiap Isnin, Rabu dan Sabtu, tepat pukul 3 petang.
"Meskipun kita menetapkan waktu bagi jerung-jerung ini makan, tidak semestinya semua datang serentak. Ini kerana ada jerung yang tidak datang dan kami akan cuba memberi mereka makan di belakang akuarium," cerita penyelam Aquaria KLCC, Ahmad Khirmy Jamli, 32.
Jelas Khirmy lagi, jerung Sand Tiger Shark makan mengikut kuantiti berat badannya. Manakala diet yang diambil oleh jerung-jerung itu adalah ikan tuna dan jenahak.
"Sand Tiger Shark tidak makan banyak. Jerung ini hanya mengambil makanan dua peratus daripada berat badannya," katanya.


Ditanya, tidakkah dia berasa gugup setiap kali menjalankan tugasnya untuk memberi makan jerung tersebut, Khirmy berkata:
"Pada mulanya, memang agak takut. Tetapi berbekalkan pengalaman selama 10 tahun dalam dunia menyelam, saya yakin dan mampu melaksanakan tugas ini dengan baik.
"Lagipun, penyelam akan diberikan peralatan bantuan iaitu stick sebagai alat penahan diri sewaktu ingin memberi makan jerung."
Selain itu, Khirmy bukannya menjalankan tugas itu sendirian tetapi turut dibantu rakan-rakannya.
"Biasanya, kami masuk ke dalam akuarium berdua. Sebelum saya mahir memberi makan jerung, saya membawa stick sepanjang memberi makanan kepada jerung-jerung tersebut.
"Apabila sudah mahir dan biasa, saya kini tidak lagi menggunakan stick. Saya guna tangan sahaja untuk menyuap jerung makan," katanya yang menjadi penyelam di Aquaria KLCC sejak hampir lima tahun lalu.
Khirmy menjelaskan, orang ramai tidak perlu takut dengan jerung. Katanya, haiwan tersebut hanya akan mengganas apabila terhidu bau darah.
Sebab itulah, setiap penyelam tidak boleh mempunyai sebarang luka sebelum memasuki akuarium. Sebagai langkah keselamatan lain, Khirmy turut memakai sarung tangan besi bagi mengelak digigit jerung ketika memberi makanan.
"Saya pernah digigit tetapi tidak terlalu teruk. Sebabnya, ketika itu saya pakai sarung tangan besi. Cuma bengkak sahaja," ulasnya.
Justeru, memikirkan pentingnya pengetahuan terhadap jerung terutama bagi golongan kanak-kanak, siaran Discovery Channel menerusi saluran 551 mengambil inisiatif untuk mengetengahkan kehidupan jerung selama tujuh hari berturut-turut.
Setiap program televisyen yang bermula pada 5 sehingga 11 Oktober ini memberi fokus terhadap pelbagai tajuk berlainan. Ini bermakna anda dapat menyaksikan kehidupan sebenar jerung-jerung yang terdapat di seluruh dunia.
Antara intipati rancangan tersebut adalah mendedahkan kepada penonton bagaimana seekor jerung boleh mengganas secara tiba-tiba. Manusia pula perlu mempelajari cara mengelakkan diri daripada ancaman jerung.
Semua itu dapat disaksikan menerusi program rancangan Shark Attack Files. Dengan gambaran visual yang menarik, sudah tentu ia memberikan anda pengalaman dan pengetahuan baru sepanjang menonton.
Great White Appetite pula, menyajikan anda dengan penemuan baru yang dikongsi bersama para saintis. Mereka cuba untuk mengkaji populasi, cara jerung mengawan dan pemakanan yang diambilnya.
"Jerung putih mempunyai kisah misteri yang tersendiri dan berbeza dengan jerung-jerung lain. Jadi, apabila anda menonton Discovery Channel, ia akan mengupas aspek yang mempesonakan berhubung Great White Appetite yang dirakamkan di tiga lokasi.
"Pada masa yang sama, kita dapat menyingkap kehidupan jerung putih melalui jumlah makanan yang diambilnya. Apatah lagi spesies jerung ini agak misteri," ujarnya lagi.
Selain itu, menerusi rancangan Deadly Waters, ia memaparkan sedikit kelainan apabila seorang lelaki yang bernama Les Stroud memulakan perjalanan program tersebut di Florida Museum of NaturProgram itu memaparkan kawasan laut yang menjadi lokasi jerung berkumpul. Les juga akan menyenaraikan semua lokasi laut yang berbahaya di seluruh dunia. Anda dapat menyaksikan keberanian lelaki tersebut bersama pasukannya untuk mendapatkan pendedahan baru.
Jangan ketinggalan meluangkan masa menonton Shark After Dark dengan barisan para penyelam yang cuba membongkar kehidupan jerung pada sebelah malam.
Anda dapat menyaksikan cabaran para penyelam untuk mendapatkan sebaik mungkin aktiviti jerung pada waktu malam dengan menggunakan teknologi kamera pengesan haba infra merah.
Sementara itu, alihkan siaran anda pada program Sharkbite Summer dan Blood In The Water yang mengisahkan paparan menarik berhubung kejadian jerung yang menyerang mangsanya di dasar laut.
Ia merupakan inspirasi daripada filem terkenal Jaws. Turut mengisi slot itu adalah pengakuan beberapa orang mangsa yang pernah berhadapan dengan serangan haiwan ganas tersebut.


Jangan gugurkan anak!

Penguguran kandungan bakal mengundang risiko pada kemudian hari. Wanita yang melakukan pengguguran sebenarnya berisiko melahirkan bayi pramatang pada kelahiran yang seterusnya.
Kajian pakar perubatan dari Kanada mendapati wanita yang menjalani proses pengguguran berisiko sebanyak 72 peratus mendapat bayi kurang berat badan dan 93 peratus bayi pramatang.
Pakar Jabatan Pediatrik di Hospital Mount Sinai, Toronto Dr. Prakesh Shah mendedahkan, antara punca utama keadaan itu adalah kerosakan fizikal pada bahagian serviks yang terjadi ketika pengguguran secara konvensional dilakukan.

Saturday, October 3, 2009

Dia mungkin berbohong
BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.
Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.
Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:
Nada suara
Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.
Enggan berjumpa
Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.
Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.

Related Posts with Thumbnails