Dia mungkin berbohong
BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.
Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.
Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:
Nada suara
Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.
Enggan berjumpa
Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.
Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.
Saturday, October 3, 2009
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Saturday, October 03, 2009 0 ulasan

1. God Loves You!
The Bible says, "God so loved the world that He gave His one and only Son, that whoever believes in Him shall not perish, but have eternal life"
The problem is that . . .
2. All of us have done, said or thought things that are wrong. This is called sin, and our sins have separated us from God.
The Bible says “All have sinned and fall short of the glory of God.” God is perfect and holy, and our sins separate us from God forever. The Bible says “The wages of sin is death.”
The good news is that, about 2,000 years ago,
3. God sent His only Son Jesus Christ to die for our sins.
Jesus is the Son of God. He lived a sinless life and then died on the cross to pay the penalty for our sins. “God demonstrates His own love for us in that while we were yet sinners Christ died for us.”
Jesus rose from the dead and now He lives in heaven with God His Father. He offers us the gift of eternal life -- of living forever with Him in heaven if we accept Him as our Lord and Savior. Jesus said "I am the way, the truth, and the life. No one comes to the Father except by Me."
God reaches out in love to you and wants you to be His child. "As many as received Him, to them He gave the right to become children of God, even to those who believe on His name." You can choose to ask Jesus Christ to forgive your sins and come in to your life as your Lord and Savior.
4. If you want to accept Christ as Savior and turn from your sins, you can ask Him to be your Savior and Lord by praying a prayer like this:
"Lord Jesus, I believe you are the Son of God. Thank you for dying on the cross for my sins. Please forgive my sins and give me the gift of eternal life. I ask you in to my life and heart to be my Lord and Savior. I want to serve you always."
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Saturday, October 03, 2009 0 ulasan
Thursday, October 1, 2009

Pil multivitamin bawa keburukan
PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.
Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.
Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.
Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Thursday, October 01, 2009 0 ulasan


.jpg)


Miri Sarawak
Bandar raya Miri Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".
Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.
Sejarah Bandaraya Miri
Pencarian minyak terawal dalam catatan rasmi di Malaysia berlaku pada Julai 1882 oleh Residen British daerah Baram di Sarawak. Minyak ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk tujuan perubatan dan seterusnya untuk menyala lampu dan mengalisairkan bot. Penerokaan komersial hanya bermula pada tahun 1910 apabila Syarikat Petroleum Anglo-Saxon, perintis kepada Sarawak Shell masa kini yang diberi hak eksklusif untuk penerokaan petroleum di Sarawak, menemui minyak di pekan Miri, menandakan bermulanya industri petroleum Malaysia.
Pada 1950-an, perhatian diberi kepada lautan kerana lapangan minyak di Miri makin kekeringan hasil. Ini dibolehkan lagi oleh perkembangan baru dalam teknologi penggalian petroleum di lautan. Pantauan seismos marin dijalankan buat julung kali di Sarawak pada tahun 1954. Peralihan ke hasil dalam lautan mula menunjukkan hasil pada tahun 1962 apabila minyak ditemui dalam dua kawasan luar pesisir Sarawak, diikuti banyak lagi pencarian lain dalam masa yang singkat. Platform minyak luar pesisir yang pertama didirikan ialah Lutong Barat yang terletak kira-kira enam batu dari pantai.
Lapangan minyak daratan yang terakhir ditutup pada awal 1970-an sementara penghasilan minyak dari luar pesisir Miri dimulakan. Miri mula berkembang pesat sejak Parlimen menguatkuasakan Akta Petroleum yang mengehendaki Shell dan Exxon untuk berkongsi hasil jualan minyaknya dengan rakyat Malaysia. pada masa ini juga, Miri mula mengembangkan industri perkhidmatan dan pelancongannya.
Pada tahun 1989, keluarnya cadangan berwawasan untuk Miri dijadikan bandaraya. Cadangan ini meraih restu kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1993. Forum awam diadakan pada tahun 1994 dan satu kempen pengumpulan tandatangan besar-besaran diadakan pada tahun 2004 dan lebih satu per tiga populasi Miri telah meninggalkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan bagi Miri meraih status bandaraya. Miri menyediakan rangka tindakan bandaraya pada awal 2000-an, sementara kerajaan bersama-sama sektor swasta telah mnunjukkan kemampuannya untuk memenuhi sepuluh kriteria utara yang digariskan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi bandaraya. Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Miri untuk Miri dinaik taraf menjadi bandarata dan sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri pada 20 Mei 2004. Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan ini pada 16 Mac 2005. Yang di-Pertua Negeri Sarawak menitahkan penubuhan Majlis bandaraya Miri pada 12 Mei 2005. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII mengutuskan Surat Cara pengurniaan status bandaraya bagi nama "Majlis Bandaraya Miri" pada Majlis Perbandaran Miri dengan bidang kuasa penuh terhadap bandaraya Miri pada 13 Mei 2005. Pelantikan Datuk Bandar, Timbalan Datuk bandar dan anggota-anggota Majlis Bandaraya Miri diterbitkan dalam Warta Kerajaan Sarawak pada 19 Mei 2005. Pada 20 Mei 2005, pengisytiharan rasmi Bandaraya Miri dan pelantikan Cr. Dato Wee Han Wen sebagai Datuk Bandar pertama Majlis Bandaraya Miri diadakan di Miridan disusuli sambutan hari bandaraya. Kini, Hari Bandaraya Miri disambut pada 20 Mei setiap tahun.
Tempat Pelancongan
Daripada pekan minyak yang sibuk, Miri mengalami pemesatan sebagai bandaraya pelancongan yang baru. Pemandangan latar langit Miri turut banyak berubah selama ini. There are ambitious plans for Miri. The Miri Waterfront and Marina Park projects will give a complete facelift to Miri City in the near future.
Even though the atmosphere in the city is relaxed and casual, it is a bustling commercial centre with lively native markets, scenic parks, beaches, excellent restaurants and pubs. Miri City has become a vibrant and exciting city to Northern Borneo’s myriad of cultural, adventure and nature attractions.
Miri sering digelar Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan ialah salah sebuah tarikan pelancong utama dan terpenting di negeri ini. Miri, bersama aset-aset semulajadinya banyak mengagumkan pelancong. Miri bermegah kerana dikelilingi empat buah taman negara bertaraf dunia (Gunung Mulu, Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut).
Taman Negara
Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber). Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah dijumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara. Taman Negara Bukit Lambir mengandungi beraneka spesis flora dan fauna dan menduduki tempat ke-12 di kalangan tapak yang paling banyak biodiversitinya di dunia. Di Taman Negara Loagan Bunut pula terletaknya tasik semulajadi terbesar di Sarawak serta juga beraneka spesis burung. Selain itu, terdapat juga Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang baru diwartakan dan mempunyai salah satu terumbu karang yang tercantik di rantau serta kepelbagaian hidupan lautan.
Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum
"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal di Miri yang ditubuhkan kerana sumber minyaknya. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya bergelar Canada Hill (mengikut cerita orang tua, pernah terdapat seorang warga Kanada yang tinggal di sana dan perniagaan utamanya ialah untuk mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit itu). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya perigi ini ditutup pada tahun 1972, seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.
Pernah juga terdapat sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh mendapat pemandangan bandaraya Miri dengan lautnya sebagai horizonnya. Menara itu diturunkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini. Muzium ini sendirinya menawarkan pelbagai jenis pameran selain yang berkaitan dengan industri minyak.
Taman awam
Miri mempunyai 14 taman awam dan tempat rekreasi. Antaranya ialah Taman Bulatan Miri (taman tasik), Luak Bay Esplanade (taman pesisir pantai), Taman Selera (kawasan perkelahan), Taman Awam Miri (taman tema) dan Miri City Fan yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Miri City Fan, sebuah taman 10.4 hektar di pusat bandar, dianugerahkan sebagai taman bandaraya berlandskap terbaik di Malaysia pada tahun 2001.
Beli-belah
Miri juga dikenali sebagai tumpuan beli-belah di kalangan rakyat Malaysia dan Brunei. Ini termasuklah Bintang Plaza, pusat beli-belah yang sering dikunjungi golongan remaja; Boulevard Shopping Complex, Imperial Shopping Mall, E-Mart, Miri Plaza, Miri Square, Wisma Pelita Mall dan lain-lain lagi.
Tambahan lagi, Miri juga dikenali kerana hasil kraftangannya, terutamanya keluaran bermaniknya. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pusat Kraftangan Miri di simpang Jalan Merbau dan Jalan Brooke juga dijadikan tempat pilihan pemburu hasil kraftangan dan cenderahati.
Tokong Lian Hua San
Tokong Taoisme besar yang terletak di pinggir bandar Krokop di Miri ialah tokong Taoisme terbesar di Asia Tenggara. Seni bina luar biasa dan arca yang rumit di tokong ini banyak menarik pelancong.
Pantai
Di Miri yang terletak berdekatan dengan laut juga terdapat pantai-pantai seperti Tanjong Lobang (Taman Selera), Luak Esplanade, Hawaii Beach, Bekenu-Sibuti, Pantai Lutong Beach dan sebagainya.
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Thursday, October 01, 2009 0 ulasan
Sunday, September 27, 2009

MENARA ILMU
Universiti Sains Malaysia
Menara Ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita
Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri
(ulang rangkap 1)
Ciptaan : Jimmy Boyle
Lirik : Prof. Madya Ismail Abdullah
Dicatat oleh MawarBerduri88 di Sunday, September 27, 2009 0 ulasan


