BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 4, 2011

Kitaran Haid

Kitaran haid yang tidak tetap lazimnya berkait dengan gangguan pengeluaran telur, sama ada tiada langsung (an-ovulasi) ataupun jarang-jarang (oligo-ovulasi). Gangguan pengeluaran telur itu pula lazimnya mempunyai penyebab, sama ada secara mental (tekanan) ataupun faktor penyakit fizikal. Penyebab ini yang perlu dikenal pasti dan diatasi. 

Gangguan pengeluaran telur boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita. Bagaimanapun, kebanyakannya boleh dirawat. Apa yang lebih penting adalah untuk anda mendapatkan rawatan bersesuaian dan tidak menunggu lama atau menangguhkan perancangan untuk hamil setelah berkahwin kelak. Ini kerana di samping penyakit fizikal (jika ada) menjadi lebih teruk, kelak, faktor usia pula akan menambah kepada kesukaran untuk hamil.

Rawatan Tradisional

Rawatan urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden.Urutan juga merupakan satu daripada cabang perubatan cara Islam manakala segelintir masyarakat menganggapnya sebagai perubatan alternatif.Secara amnya, ia sesuai bagi merawat apa juga penyakit, sama ada penyakit baru atau sudah lama dihidapi, yang ringan mahupun yang kronik.
Selain mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah, teknik urut turut dikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki terutama bagi wanita selepas bersalin.Bagaimanapun, urutan yang menggunakan tangan sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mahir dan profesional kerana jika tidak mengikut prosedur, urutan boleh memudaratkan.Namun, urutan menggunakan tangan sahaja tidak mencukupi kerana sentuhan itu kemungkinan kurang berkesan serta pesakit tidak merasa puas walaupun teknik yang digunakan betul.
Justeru, bagi seorang pengamal urutan tradisional dari Utara tanah air, Baharom Yunus berjaya mengenal pasti kaedah lebih berkesan bagi tujuan mengurut. Yunus yang mesra dikenali sebagai Pak Jang menjelaskan, penggunaan tanduk seladang betina serta beberapa peralatan lain.
Khasiat tanduk seladang
Pak Jang menambah, urutan menggunakan jari-jemari sahaja kurang praktikal berbanding penggunaan peralatan khas yang dibuat sendiri atau dibeli.Katanya tanduk seladang betina yang diperoleh dari Indonesia digunakan dalam teknik urutannya yang dikajinya sejak 20 tahun lalu.“Sebelum mengurut saya akan menggunakan jari-jemari yang bertindak seperti alat 'pengimbas' untuk mengenalpasti anggota badan yang mengalami masalah urat.Selalunya bahagian yang mempunyai banyak benjolan merupakan kawasan yang perlu diberi perhatian.“Peralatan seperti tanduk seladang betina yang dibentuk seperti sudu digunakan bagi memecahkan bahagian saluran tersumbat yang berpunca daripada darah beku, lemak dan angin dengan bantuan minyak khas.
“Selagi terdapat permukaan tidak rata maka selagi itulah urutan dibuat. Apabila saluran bermasalah dirungkai dengan betul, aliran darah akan mengalir secara normal kembali,” katanya sambil mengurut seorang pelanggan menggunakan teknik tanduk seladang betina di Pondok Rawatan Nusantara (PRN) di Sungai Petani, Kedah.Namun, bagi mereka yang tidak mahir dengan teknik berkenaan, dia menyarankan agar tidak sesekali mencubanya kerana khuatir boleh memudaratkan pesakit.Paling penting katanya, urutan mesti sesuai dengan kaedah, tempat, kemampuan serta sensitif pada bahagian yang tidak boleh diurut.Jelas lelaki yang kini menjangkau usia 63 tahun itu, teknik urutan yang diamalkannya seakan-akan terapi guasa dari China tetapi ia tidak terlalu ekstrem sehingga boleh meninggalkan garisan merah pada tubuh pesakit.
“Bagaimanapun, bahagian paling sakit dalam teknik ini apabila saluran darah tersumbat ditekan, tetapi kesannya selepas itu memang tidak sakit malah ada pesakit yang dipimpin sebelum rawatan mampu berjalan sendiri selepas diurut,” katanya.Akuinya, setakat hari ini teknik berkenaan hanya boleh didapati di PRN sahaja malah dia menggunakan kira-kira 15 peralatan mengurut lain mengikut kesesuaian pesakit.Antaranya, batu marmar yang dicanai khas, tanduk kerbau, tanduk seladang jantan, rotan, batu sungai dan tumbang kambing.“Urut sepatutnya dilihat sebagai satu perubatan pencegahan dan sepatutnya dilakukan secara kerap. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk seperti migrain, strok, lemah jantung, kebas, sengal-sengal selain bertujuan penjagaan kesihatan,” katanya.
Urut auta
Tegas Pak Jang, urutan yang dipraktik sejak sekian lama bukannya ‘auta’ kerana ia betul-betul teknik mengurut dan sentuhannya memang sampai ke urat malah mendapat pujian daripada pelanggan kerana teknik yang sememangnya berbeza dengan urutan dengan hanya menggunakan tangan.Lebih menarik, Pak Jang yang sebelum ini pernah menderita penyakit jantung kronik mampu berulang-alik dari kediamannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang ke PRN, Sungai Petani setiap hari kecuali Jumaat.
Sementara itu, bagi pengasas PRN, Roslan Mat Isa, 41, memberitahu, penggunaan kira-kira 15 peralatan mengurut itu lebih berkesan dan mampu menyembuh bahagian bermasalah secara terperinci.“Kalau menggunakan tangan semata-mata, keupayaan mengurut adalah terbatas kerana kekuatan manusia ini bukanlah kuat sangat. Kalau nak tekan dengan jari sahaja memang tidak terasa dan jika terasa sekalipun mungkin sekejap sahaja lepas itu kembali tidak selesa,” ujarnya.Bukan itu sahaja, di PRN mereka menggunakan pelbagai minyak bagi tujuan urutan. Antaranya, minyak kelapa dara, minyak bijan, minyak matahari, minyak zaitun dan minyak yang dimasak dengan ramuan sendiri.
Jelasnya, dengan bantuan Pak Jang serta tujuh orang tukang urut secara sambilan konsep urutan yang diperkenalkan PRN kini semakin berkembang dan diterima orang ramai kerana ia memberikan kepuasan maksimum.Selain pendedahan ilmu urutan daripada Pak Jang, Roslan terlebih dahulu mengikuti kursus pelbagai jenis rawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), pusat perubatan swasta serta beberapa tempat lagi.“Sebelum khidmat Pak Jang di pondok rawatan ini, saya juga mempunyai alat mengurut sendiri. Bagaimanapun, dengan kemasukan Pak Jang ke sini menjadikan rawatan lebih kemas,” katanya yakin.
Seorang pelanggan, Harun Hussain memberitahu, walaupun pertama kali dirinya membuat rawatan urut di PRN, tubuhnya begitu segar malah masalah di bahagian bawah lututnya semakin pulih setelah diurut menggunakan tanduk seladang betina.Memang apabila urat ditekan pada ketika itu terasa sedikit sakit, tetapi dalam tempoh beberapa minit kesakitan itu beransur hilang,” katanya.
web berkaitan:

Hari-hari yang dilalui awal semester

Selamat bertemu kembali di ruangan warna hidup ini...setelah sekian lama bercuti kini kita berpeluang bersua berbicara dengan penulisan...terasa  rindu  untuk  berkongsi  cerita  dan warna warni  kehidupan  yang  dilalui  meskipun  tak  seindah  mimpi...minggu  pertama  datang  ke  kuliah  semua  serta  tak  kena  dan  amat  menduga  keimananku...andai  masa  dapat  dikembalikan  pada  minggu  yang  lalu,seribu  kalipun  aku  tak  ingin  kerana  saat  itu  kesabaran  aku  tercalar  dek  jadual  yang  tak  teratur...nak  salahkan siapa?orang  lain?mungkin  sedikit  untuk  rasa  belas  kasihan  dan  tolak  ansur  yang  diharapkan  namun  tak  di  berikan...sendiri?ya  mungkin  juga  kerana  subjek  yang  penting  seharusnya  diutamakan  dahulu  sebelum  menjelang  saat  akhir...kini  tinggal  satu  semester  lagi  untuk  ku berjuang  di  bumi  usm  ini  menuntut  ilmu...rasa  seribu  kelegaan  bila  semua  pekara  dah  selesai  dan  kuliah  berjalan  seperti  sedia kala...

Monday, November 8, 2010

khasiat makanan


Buah pala untuk elakkan insomnia.
National Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.



Khasiat Coklat
Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.

love









Friday, November 5, 2010

Prayer Against Bad Thoughts




+Prayers to St. Joseph of Cupertino for Success in Examinations+

This powerful prayer is very effective in examinations. It has to be said before appearing in the examination. There are two variants to this prayer. Both the prayers are equally effective. You can choose any one of these: 

First Prayer
O Great St. Joseph of Cupertino who while on earth did obtain from God the grace to be asked at your examination only the questions you knew, obtain for me a like favour in the examinations for which I am now preparing. In return I promise to make you known and cause you to be invoked.
Through Christ our Lord.
St. Joseph of Cupertino, Pray for us.
Amen. 

Second Prayer
O St. Joseph of Cupertino who by your prayer obtained from God to be asked at your examination, the only preposition you knew. Grant that I may like you succeed in the (here mention the name of Examination eg. History paper I ) examination. In return I promise to make you known and cause you to be invoked.
O St. Joseph of Cupertino pray for me
O Holy Ghost enlighten me
Our Lady of Good Studies pray for me
Sacred Head of Jesus, Seat of divine wisdom, enlighten me. 


+Prayer Against Bad Thoughts+

O Lord my God, be not far from me. O my God, hasten to help me, for varied thoughts and great fears have risen up within me, afflicting my soul. How shall I escape them unharmed? How shall I dispel them?

"I will go before you," says the Lord, "and will humble the great ones of earth. I will open the doors of the prison, and will reveal to you hidden secrets."

Do as You say, Lord, and let all evil thoughts fly from Your face. This is my hope and my only comfort -- to fly to You in all tribulation, to confide in You, and to call on You from the depths of my heart and to await patiently for Your consolation. Amen

Tuesday, November 2, 2010

Rumah tangga milik bersama


Walau sesibuk mana  pun anda, berikanlah perhatian sepenuhnya kepada rumah tangga. Hal ini penting agar nanti apabila timbul sebarang masalah, tidaklah anda panik.
Ingat! Jangan sesekali menuding jari menyalahkan orang lain. Namun, ini tidak bermakna yang anda salah. Apa yang boleh dilakukan ialah berbincang bersama-sama untuk  memulihkan keadaan. Terlalu ego “Saya yang banyak keluarkan duit untuk semua perbelanjaan di rumah ni, jadi saya lah yang berhak tentukan segalanya. Awak tak ada kuasa, lebih baik awak diam sahaja.” Perkara seperti ini memang sering terjadi dalam rumah tangga ramai suami isteri. Masing-masing ingin menunjukkan kuasa. Hal ini tidak pernah memberi faedah kepada sesiapa sahaja.
Bermula daripada perselisihan faham yang kecil, keegoan akhirnya boleh menyemarakkan api pertelingkahan menjadi semakin besar seterusnya meruntuhkan mahligai perkahwinan yang  telah dibina dengan susah payah. Oleh yang demikian, seboleh-bolehnya, elakkanlah diri daripada bersikap pentingkan diri sendiri.
Tahukah anda bahawa pasangan anda sebenarnya adalah rakan kongsi anda. Jadi, bersama-samalah bergabung tenaga agar mahligai yang dibina mekar sentiasa. Setelah mendirikan rumah tangga, jangan sesekali anda terlupa untuk mengungkapkan kata-kata manis dan mesra kepada pasangan. Jika masa bercinta dahulu, berkoyan-koyan kata-kata romantis anda hadiahkan pada si dia, tidak salah rasanya kalau sudah ada anak sedozen pun anda masih kekal membisikkan kata-kata romantis itu ke telinganya setiap masa. Kalau inilah yang anda laksanakan dan berjaya, cukup sepuluh tahun berkahwin, lengkaplah pasukan bola sepak anda berdua.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini pula suami isteri. Bertengkar dan berselisih faham memang adat berumah tangga. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh pasangan yang boleh membuatkan anda marah. Ya, anda berhak untuk marah tapi pastikan marah anda itu berpada-pada. Jangan “over” pula. Lain yang jadinya nanti. Seeloknya, marahlah dengan cara yang profesional. Bukan dengan menjerit atau enyergah sesuka hati. Kalau marah, pilih masa dan tempat yang sesuai untuk diluahkan rasa tidak puas hati itu. Cara ini tidak akan merugikan anda malah menjadikan ikatan perkahwinan lebih erat.
Hubungan erat 
Bercerita tentang erat, perkahwinan ini bukan sahaja dilihat dari segi dalaman sahaja. Bahkan juga dilihat daripada eratnya genggaman tangan antara anda berdua. Kalau dulu ke mana sahaja nak pergi, tangan si dia mesti   digenggam, teruskanlah walaupun usia kini sudah beralih ke peringkat matang. Lagi erat genggaman tangan anda berdua lagi kuat rasa cinta yang akan menyelubungi kehidupan anda berdua. Masa berehat pula, urut-urutlah yang tersayang. Tambah mesra hubungan anda berdua. Masa itu, kalau hendak marah pun tentu tak jadi.

Agar rumah tangga anda sentiasa bahagia, janganlah ada rahsia antara anda berdua. Jika anda ada masalah, ceritakan pada pasangan. Begitu jugalah sebaliknya. Amalkanlah peribahasa lama ini, yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul. Barulah aman rumah tangga yang dibina. Ada orang tinggi, tidak kurang yang rendah. Ada orang cantik dan ada juga yang kurang menarik. Ada yang kaya dan tidak ketinggalan juga ada yang kurang berharta. Walau apa pun keadaannya, semua orang tahu. Manusia memang berbeza. Tidak ada yang sama. Begitu jugalah dengan anda dan pasangan. Belajarlah terima pasangan seadanya. Jangan terlalu meminta ataupun menginginkan sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh si dia. Hal ini hanya akan membina jurang antara anda berdua dan akhirnya jurang tersebut menjahanamkan hubungan anda berdua.
Satu lagi perkara yang sering menjadi punca keruntuhan banyak institusi kekeluargaan ialah faktor kewangan. Membiayai perbelanjaan rumah yang semakin hari semakin meningkat kadang kala  membebankan buat insan yang bergelar suami. Lantaran itu, si isteri turut turun padang untuk membantu. Namun, tidak semua isteri redha dengan apa yang telah mereka lakukan. Akibatnya, mereka rasakan diri seperti dipergunakan. Lebih-lebih lagi setelah penat bekerja, pagi di pejabat dan malam pula di rumah. 
Wahai para isteri, redhalah dengan setiap apa yang anda lakukan. Ingat, niat anda pada mulanya memang baik, bekerja untuk membantu suami. Jadi, apa salahnya jika diteruskan niat yang baik itu. Semua ini bukan untuk orang lain sebaliknya untuk keluarga sendiri. Anggaplah semua yang anda lakukan itu adalah sedekah. Itulah yang sebaik-baiknya.

Ketahuilah bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main. Malah, hanya orang yang “kuat” sahaja berjaya mengharungi onak dan durinya. Rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan kasih sayang adalah impian semua orang. Agar impian anda terlaksana, berusahalah   sedaya-upaya untuk mencapai hasrat yang murni itu. Semoga anda semua berbahagia dengan keluarga tercinta.

Pautan : http://www.majalahpama.com.my

Related Posts with Thumbnails