BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 18, 2010

Menu Hari Ini

Kerabu Pauh



BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga
6 tangkai cili padi (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
50 gm udang kering
50 gm kacang
3 sudu besar air gula
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika.
2.Selepas itu tumbuk pula udang kering.
3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.


Sambal Kacang Berlauk



Bahan-bahan:
300 gm ayam - dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit dan garam
200 gm kacang tanah - disangai dan dikisar kasar
3 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm belacan
Cara Menyediakan:
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan kisar sehingga baik aroma dan pecah minyak.
3. Masukkan kacang tanah dan air asam jawa, masak sehingga pekat.
4. Masukkan ayam tadi, dan masak lama dengan api sederhana sehingga kacang benar-benar masak.
5. Perisakan dengan garam dan gula, angkat dan hidangkan.

PAUTAN:http://www.sajionline.com.my

Bantuan hentikan tabiat merokok



"Susah nak berhenti merokok. Rasa lesu dan tak bermaya. Berhenti sebulan kemudian nak merokok semula, tak tahanlah! Keluarga pula menjauhkan diri daripada saya, mungkin saya bau asap rokok dan mereka tak suka bau asap rokok pada pakaian mereka," keluh Hamzah mengenai masalah ketagih rokoknya.
Beliau sedar perbuatannya mengeluarkan asap putih yang berkepul-kepul semasa menghisap rokok boleh memudaratkan mereka yang berada di sekelilingnya. Malangnya beliau sukar berhenti merokok.
Hari ini terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu seseorang menolak nikotin. Cara yang paling mudah ialah melalui sebatang rokok.
Kenaikan harga rokok sebanyak 70 sen baru-baru ini untuk setiap kotak berisi 20 batang rokok jenis premium menjadikan harga sekotak rokok kini ialah RM10. Dengan kenaikan harga itu, diharap ia dapat mengurangkan pembelian rokok.
Terapi menghisap gula-gula mentol atau mengunyah gula-gula getah antara kaedah yang paling popular untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi ramai yang mengaku ia hanya sementara.
Bau rokok
"Paling lama saya dapat bertahan tidak merokok ialah di antara empat hingga enam minggu. Tetapi, bila saya terhidu bau rokok di tempat awam, saya dah tak boleh tahan.
"Saya hanya perlukan satu sedutan saja dan keinginan merokok saya melampaui motivasi keluarga dan rakan-rakan yang berkongsi kesan buruk tabiat merokok ini," kata Mohd. Afizi Aziz.
Beberapa syarikat farmaseutikal memperkenal kaedah yang boleh mengurangkan ketagihan perokok secara perlahan-lahan.
Antaranya termasuklah ubat-ubatan, semburan dan tampalan. Sejenis semburan yang disembur di bawah lidah dapat menghentikan ketagihan rokok kerana asap tembakau dirasakan begitu manis bila dihidu.
Satu lagi opsyen yang diperkenal baru-baru ini ialah kaedah tampalan yang boleh mengurangkan kebergantungan perokok kepada nikotin secara berkesan.
Ketagihan terhadap rokok dikatakan dapat dilenyapkan dalam masa lima minit dengan tampalan NiQuitin.
Tampalan itu ialah produk baru keluaran Glaxo Smith Kline (GSK). Ia boleh didapati di dalam tiga pek berlainan dos iaitu 7 miligram (mg), 14 mg dan 21 mg.
Harga sekotak NiQuitin yang mengandungi tujuh keping tampalan tidak melebihi RM75.
Tampalan itu dikatakan lebih berkesan apabila ia ditampal di bahagian badan yang kurang atau tidak berbulu roma.
"Ia perlu ditampal di bahagian badan yang berbeza-beza termasuk bahagian belakang dan atas punggung supaya sel-sel kulit boleh tumbuh semula dan rasa tidak selesa atau gatal pada kulit dapat dielakkan," kata Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamad.
Haniki yang juga setiausaha Kumpulan Kerjasama dan Bersekutu Profesional Kesihatan Malaysia untuk Memberhentikan Tembakau (IMPACT) menjelaskan : "Setiap sesi rawatan hanya mengambil masa tiga bulan. Seseorang itu tidak boleh menggunakan tampalan seperti ini melampaui tempoh masa enam bulan.
"Tampalan yang digunakan di dalam tiga peringkat itu mengambil masa 12 minggu untuk selesai dan melihat hasilnya." Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir.
ampalan itu digunakan selama 24 jam.
Satu lagi cara ialah di dalam bentuk gula-gula lozenges. Gula-gula itu boleh didapati dalam pek dua dan empat miligram pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji.
Lozenges tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes.
Bagaimanapun, lozenges mengandungi dos nikotin yang memberikan kepuasan kepada perokok yang cuba menolak tabiat merokok tetapi gagal.
Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya.
Tampalan NiQuitin memerlukan kos RM750 untuk memulihkan tabiat merokok. Kos lozenges di antara RM634 sehingga RM835 untuk rawatan di antara 10 hingga 12 minggu.

Friday, October 15, 2010

Berita Penting untuk diketahui

Sistem pendidikan dirombak
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.
Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.
Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.
“Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.
Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.
“Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.
“Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.
Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.
Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).
“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.
Berita baik untuk generasi muda

Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda miliki rumah

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui skim tersebut, pembeli akan mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti kelaziman sebelum ini.
“Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih.
“Skim Rumah Pertamaku akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.
Selain itu kata Najib, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem juga sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai rumah pertama tersebut.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM568 juta bagi membina 87,300 unit kediaman.
Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah tersebut 79,000 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah dan 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar.
Sementara itu, bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah pula, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Skim ini terbuka kepada pekerja estet tetap (warganegara) untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.
“Tempoh pinjaman pula dipanjangkan sehingga 40 tahun dengan pembiayaannya menjangkau sehingga kepada generasi kedua,” jelasnya.


Thursday, October 14, 2010

TEMAN SEPERJUANGAN...TEMAN YANG AKAN KURINDU SUATU HARI NANTI..

langkah kita atur seiring..menuju destinasi yang belum pasti.........
suka duka kita kongsi bersama...pasti ku rindu semua itu....
dikala malam menjelang..kita bersatu menelaah buku bersama, menharap pada sebuah kejayaan...




Pernahkan anda dikhianati?

pernahkah anda rasa dikhianati?

dalam hidup ini tak semua yang kita alami indah dan menyenangkan..seperti cuaca adakalanya panas, adakalanya redup, adakalanya hujan, adakalanya ribut taufan dan begitu juga perjalanan hidup kita...dugaan demi dugaan menguji kesabaran kita dalam menempuh badai kehidupan...adakalanya kita terasa putus asa dan berdiam diri, adakalanya kita bangkit membawa semangat baru dan adakalanya kita perlukan teman dan seseorang yang mampu membawa kita meniti perjalanan yang lebih bererti...begitulah irama sebuah kehidupan...dalam hidup persahabatan amat penting bagi kita apatah lagi kita masih mencari-cari identiti diri, haluan diri dan perjalanan hidup yang masik kita cari...namun percayalah tak sesenang yang kita sangka ntuk mencari sahabat sejati yang benar-benar memahami dan setia kepada kita...mungkin pada mulanya semuanya indah seperti yang kita harapkan dan pada akhirnya kita terluka dan kecewa, adakalanya kita sukar mempercayai selepas itu..namun itulah dunia persahabatan...ingin saya kongsikan dengan pembaca tentang alam persahabatan yang tak pernah saya lupan dan sampai sekarang saya jadikan pengajaran untuk memilih seorang sahabat...mungkin juga pada usia muda itu saya masih tercari2 identiti diri, masih perlukan teman yang akrab, yang dapat berkongsi suka duka, kisah hidup yang selama ini tersimpan rapi...dan saya dipertemukan denganya saya dan dia berkawan rapat dan sering berkongsi cerita, tak pernah saya fikirkan jika suatu hari nanti dia akan melukakan dan mengkhianati saya..saya sangat percayakan dia dan sayangkan dia selayaknya sebagai teman...setiap kali dia bercerita saya sedia mendengar, setiap kali dia perlukan saya berusaha membantu dia, ketika dia sedih bergelut dengan 1001 masalah saya berusaha menghulurkan bantuan yang termampu saya berikan...saya telah berusaha menjadi teman yang baik buat dia..tapi andai ada sikap saya yang dia tak senangi saya tak tahu sebab saya tak pernah dengar dia merunggut depan saya, dia tak pernah tegur saya...dengan itu saya berasa yang dia amat menyayangi dan mengaggap saya sahabat yang baik...saya pun tak pernah menegur sikapnya yang kadang-kadang tidak disenangi saya, bagi saya...saya terima dia seadanya sebagai sahabat, walau macam mana pun sikap dia...tapi saya tak sangka dibelakang saya menfitnah saya, dia berusaha menjauhkan saya dari sahabat yang lain sehingga suatu ketika dulu saya benar-benar rasa tersisih dan tiada teman namun saya masih bersyukur kerana teman yang setia akhirnya muncul dalam hidup saya dan menyedarkan saya bahawa tidak semua teman begitu dan tidak semua kawan begitu...saya amat bersyukur dengan kehadiran mereka...namun luka yang masih ada tidak mampu saya rawati dengan sempurna kerana ia meniggalkan parut yang amat dalam di dalam hati saya...seandainya dia meminta maaf dan mengakui kesilapannya mungkin sedikit demi sedikit luka itu akan pulih ditelan masa...namun itu tidak mungkin dilakukan seorang manusia sepertinya, saya tahu dia ingin memulihkan kembali persahabatan kami dan dia ingin berbaik-baik dengan saya meski tanpa maaf...mungkin dulu semasa saya berkawan dengannya saya terlalu berlembut dan terlalu sabar dengan kerenahnya sehingga dia mengganggap saya insan yang tak berperasaan, tak ada hati, tak ada rasa..namun dia silap...perbuatannya menyedarkan saya bahawa kejujuran dan kepentingan diri harus dijaga dalam persahabatan...sampai saat ini rasa luka itu belum pulih sepenuhnya meskipun beribi-ribu kawan yang mampu mengantikan tempatnya, mengubat luka yang dia toreh...kesakitan itu kadang-kala masih terasa...namun saya hargai dia sebagai seorang sahabat yang baik suatu ketika dulu, dan terima kasih atas persahabatn dan pengkhianatan yang dia lakukan..terima kasih juga kerana menyedarkan saya bahawa tidak semua sahabat itu boleh dipercayai sepenuhnya...
P/S : untuk pembaca yang dihargai...hargailah sahabatmu sebgaimana dia menghargai kamu, walaupun begitu jangan terlalu percayakan sahabat kerana pasti ada yang kita tidak dapat teka sesuatu yang dilakukan sahabat kita dibelakang kita, mungkin benar kita berkongsi cerita dengan dia tapi adakalanya ada sesetengah cerita hidup kita, harus kita simpan sendiri dan dilipat kemas didalam hati dan fikiran kita...seandainya pembaca juga mengalami pengalaman seperti ini..dialu-alukan untuk berkongsi bersama di dalam blog ini...untuk tatapan dan pengajaran buat kita...seandainya pembaca ada tips2 untuk menghindari orang seperti ini atau untuk melupakan pekara seperti ini amat dialu-alukan...terima kasih kepada pembaca yang sudi berkongsi rasa singgah di blog saya...

Monday, October 11, 2010

wallpaper today








7,200 pasangan kahwin serentak

ASAN, Korea Selatan - Kira-kira 7,200 pasangan Korea Selatan dan asing melafazkan ikrar perkahwinan pada majlis perkahwinan beramai-ramai di Gereja Penyatuan di sini semalam.
Pengasas gereja itu, Paderi Sun Myung-moon memberi restu kepada pasangan yang berkahwin di Universiti Sun Moon itu.
Universiti itu ditubuhkan Myung-moon yang terletak di selatan Seoul.
"Saya mengumumkan perkahwinan untuk merahmati wanita cantik dan lelaki tampan yang berdiri di depan Tuhan, dunia dan diri saya," kata paderi yang berumur 90 tahun itu.
Menurut beberapa pegawai gereja, pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan dalam majlis selama satu jam yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen satelit ke 194 buah negara.
Paderi itu mencetuskan kontroversi kerana pernah menyatakan bahawa semasa berumur 15 tahun, Nabi Isa memintanya meneruskan kerja-kerja yang tidak dapat disempurnakannya.
Kali pertama dia menganjurkan perkahwinan beramai-ramai ialah pada awal 1960-an dengan melibatkan 24 pasangan dan memperbaharui ikrar perkahwinan 12 pasangan.

Related Posts with Thumbnails