BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 5, 2010

Wajib turun padang bantu masyarakat


Wajib turun padang bantu masyarakat


Kira-kira 50,000 pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia kini dinilai melalui penglibatan dalam program kemasyarakatan sebagai salah satu indikator baru bagi menyokong kenaikan pangkat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penetapan itu penting bagi memastikan kesemua IPT itu kekal relevan sebagai gedung ilmu yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program kemasyarakatan itu termasuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan, IPT, pelajar dan badan-badan korporat di negara ini.
“IPT merupakan landasan terbaik untuk memajukan masyarakat kerana ia adalah tempat percambahan idea dan bukan sekadar melahirkan cerdik pandai semata-mata.
“Program yang dilakukan ini boleh dibangunkan pula oleh pihak industri atau swasta sebagai program sosial korporat (CSR) mereka, dan melalui inilah terjalinnya kerjasama antara ahli akademik dengan industri.
“Kita berada pada era di mana universiti dan komuniti tidak boleh diasingkan, kedua-duanya perlu relevan dan universiti perlu menonjolkan peranannya sebagai tempat rujukan masyarakat,” ujarnya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails