BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 6, 2009


D'Qisra pasarkan keju kelapa sawit
SHAH ALAM - D'Qisra Sdn. Bhd. (D'Qisra), syarikat pengeluar keju tempatan berjenama Tja Cheez, optimis untuk mencatat jualan mencecah RM4 juta dalam tempoh setahun ekoran pertambahan permintaan tempatan dan juga antarabangsa yang memberangsangkan meskipun baru menceburi bidang tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Teja Group of Companies, Mastura Ahmad, produk keluaran D'Qisra pada masa ini terdiri daripada keju mozzarella dan krim keju yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan juga sosej ayam yang menggunakan ramuan terbaik.
"Walaupun menggunakan kelapa sawit, tetapi ia memiliki rasa yang sama seperti keju lain yang terdapat di pasaran. Bezanya ia tidak mempunyai bau seperti keju biasa.
"Kami percaya terhadap potensi keju ini, khususnya kerana ia barangan buatan Malaysia yang berkualiti dan halal," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini.
D'Qisra, sebuah syarikat milik bumiputera, merupakan anak syarikat di bawah Teja Group of Companies.
Syarikat itu merupakan pengeluar keju mozzarella berasaskan kelapa sawit yang pertama di negara ini ekoran kejayaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui kajiannya selama lima hingga tujuh tahun untuk menghasilkan produk berkenaan.
Mastura menerangkan, bermula dengan pengeluaran sebanyak 500 kilogram keju Tja Cheez, kini ia meningkat kepada lima tan sebulan.
Bagaimanapun, statistik itu dijangka meningkat sehingga 10 tan sebulan ekoran kejayaan syarikat mengeksport produk berkenaan ke United Kingdom dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada akhir bulan September ini," katanya sambil menambah negara lain seperti Jerman, Turki, Australia dan Taiwan turut menunjukkan minat terhadap keju berkenaan.
Tambah beliau, pelaburan yang terbabit pula ialah sebanyak RM200,000 di samping mengguna pakai teknologi dan kemahiran terkini dari sebuah makmal di Bangi, Selangor.
Mastura menjelaskan, buat masa sekarang, produk keluarannya dipasarkan di lima buah kedai runcit dan pasar raya kecil di sekitar Shah Alam dan menjangkakan bertambah kepada 50 buah kedai runcit dan pasar raya kecil di seluruh negara.

1 ulasan:

Anonymous said...

Congratulation. At last ada jugak orang Melayu Malaysia yang innovatif untuk hasilkan produk antarabangsa yang halal untuk pasaran tempatan. Kita patut bangga ada anak Malaysia yang sudah tembusi pasaran antarabangsa dengan produk beridentiti Malaysia.
Tahniah pada D'Qisra dan Anak Iban yang tolong war2kan penemuan terbaru ini. Tapi mana nak beli keju D'Qisra tu?

Related Posts with Thumbnails